Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Messi atau Ronaldo? Ini pilihan jurulatih Jerman

Lionel Messi atau Cristiano Ronaldo? Yang mana jadi pilihan anda untuk mewakili pasukan anda di Piala Dunia yang bakal berlangsung bulan depan?

Anggaran Waktu Membaca:
Messi atau Ronaldo? Ini pilihan jurulatih Jerman

Gambar-Gambar: JUAN MABROMATA / AFP & LLUIS GENE / AFP

Diterbitkan : 26 May 2018 03:47PM Dikemas Kini : 26 May 2018 03:55PM

BILD: Lionel Messi atau Cristiano Ronaldo? Yang mana jadi pilihan anda untuk mewakili pasukan anda di Piala Dunia yang bakal berlangsung bulan depan?

Bagi jurulatih Jerman, Joachim Low, beliau lebih cenderung memilih Messi berbanding Ronaldo disebabkan keupayaan penyerang Argentina itu menjaring dan menghasilkan gol.

Demikian menurut Low apabila ditemui agensi media Jerman, Bild, di tengah-tengah perdebatan hangat mengenai kedua-dua bintang La Liga berkenaan yang berlanjutan sedang kempen Piala Dunia di Rusia kian semakin rancak bergema.

Ini memandangkan masing-masing pemain mengimpikan gelaran juara dalam termasya terbesar itu buat julung-julung kalinya.

Ronaldo berharap dapat mengulangi kejayaan yang dinikmati Portugal dalam Kejohanan Euro 2016 sementara Messi berusaha menebus kekalahan Argentina dalam peringkat akhir edisi Brazil 2014.

Dalam wawancara bersama Bild, Low berkongsi pendapat bahawa penyerang Barcelona itu merupakan pemain yang lebih baik, meskipun beliau akan berasa senang hati jika memiliki bintang Real Madrid, Ronaldo.

"Saya akan tetap bersama Messi," kata Low.

"Cristiano Ronaldo adalah pemain sensasi, profesional yang sangat baik, mesin pencetak gol yang luar biasa selama bertahun-tahun, namun Messi adalah pemain paling lengkap yang saya saksikan.

"Beliau adalah pemain berpasukan yang hebat. Beliau mencipta 30 hingga 40 bantuan dalam 10 tahun terakhir serta menjaring 50 gol.

"Beliau mampu memperdayakan lapan atau sembilan pemain dalam lariannya dan jaringannya akan sentiasa berada dalam ingatan anda,” tambahnya.

Bild turut melaporkan bahawa Low akan cuba untuk membawa cabaran Jerman mempertahankan kejayaan Piala Dunia Russia, prestasi yang berjaya dilakukan oleh dua negara lain.

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan