Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Meski tewas 2-1, Arsenal berpeluang mara ke peringkat akhir Piala Europa

Jurulatih Villarreal Unai Emery berhasil mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas pasukan lamanya Arsenal, yang terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas Dani Ceballos dibuang padang dalam perlawanan pertama peringkat separuh Liga Europa pada Khamis (29 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Meski tewas 2-1, Arsenal berpeluang mara ke peringkat akhir Piala Europa

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 30 Apr 2021 09:12AM Dikemas Kini : 30 Apr 2021 09:20AM

MADRID: Jurulatih Villarreal Unai Emery berhasil mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas pasukan lamanya Arsenal, yang terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas Dani Ceballos dibuang padang dalam perlawanan pertama peringkat separuh Liga Europa pada Khamis (29 Apr).

Manu Trigueros dan Raul Albiol meletakkan Villarreal di hadapan di La Ceramica dengan perlawanan itu kelihatan lebih memihak kepada Villareal selepas Ceballos dilayangkan kad kuning kedua sejurus selepas babak kedua dimulakan.

Sungguhpun demikian, Arsenal berjaya menjaringkan satu gol di padang lawan apabila Nicolas Pepe menyempurnakan tendangan penalti pada minit ke-73 sebelum pemain Villarreal, Etienne Capoue turut dilayangkan kad merah dengan 10 minit lagi sebelum perlawanan berakhir.

"Ia mengubah sepenuhnya corak permainan kami. Ia membawa kepada perbezaan yang besar. "Kami sedar tentang kedudukan kami, kami perlu memperbaiki permainan kami dan jika kami dapat melakukannya, kami akan berpeluang mara ke peringkat akhir," kata pengurus Arsenal Mikel Arteta.

Bagi Villarreal, ia terlepas peluang untuk mencatatkan kemenangan besar ke atas pasukan dari London itu.

"Keadaan tidak berpihak kepada kami dan kami perlu yakin dengan kemampuan pasukan kami," kata Emery.

"Cabaran cukup sukar sebelum perlawanan ini dan ia tetap sengit. Yang penting, kami menang dan mempunyai kelebihan," kata Emery selanjutnya.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan