Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Meski cedera, atlit S'pura raih pingat emas Sukan Olimpik Khas

Sehari sebelum beliau sepatutnya membuat penampilan di Sukan Olimpik Khas, Jacob Wong mengalami kecederaan yang menghalangnya untuk bertanding dalam acara larian.

Anggaran Waktu Membaca:
Meski cedera, atlit S'pura raih pingat emas Sukan Olimpik Khas

Jacob Wong (kanan) dan jurulatihnya, Noor Hanif Sulaimee. (Gambar: Special Olympics Singapore)

Diterbitkan : 20 Mar 2019 02:15PM Dikemas Kini : 20 Mar 2019 02:19PM

ABU DHABI: Sehari sebelum beliau sepatutnya membuat penampilan di Sukan Olimpik Khas, Jacob Wong mengalami kecederaan yang menghalangnya untuk bertanding dalam acara larian.

"Kami sedang menjalani sesi latihan bagi membantu para atlit menyesuaikan diri dengan cuaca di sini apabila beliau tergelincir lalu terjatuh sehingga mencederakan bahagian paha kanannya," kata jurulatihnya, Noor Hanif Sulaimee.

"Beliau amat kecewa kerana tidak dapat menyertai acara larian 200 meter. Kami menjelaskan kepadanya bahawa apabila beransur pulih kelak, beliau akan menjadi bertambah hebat bagi dua acara yang lain."

Semangat hebat itulah yang dipamerkan oleh Jacob.

Jacob menarik perhatian ramai pada hari yang sama, di mana pasukan pelari pecut dan boling negara merangkul satu pingat emas, satu pingat perak dan dua pingat gangsa.

Jacob berjaya mencatat masa 14.05 saat dan memenangi acara larian 100 meter bagi divisyen M3 pada Selasa (19 Mac).

"Tidak tepat jika saya setakat mengatakan bahawa saya bangga menyaksikan prestasinya hari ini," kata Encik Hanif.

"Ia bukan sahaja prestasinya, tetapi juga keberanian dan keyakinan yang dipamerkannya setelah mengalami kecederaan untuk mencatat prestasi terbaik yang membuat saya kagum.

"Jacob tidak gentar sama sekali!"

Jacob berkata: "Saya begitu ghairah untuk menyertai acara larian 100 meter. Selepas melihat anggota pasukan saya bertanding, saya juga tidak sabar untuk bertanding."

Jacob adalah pelari pecut rakyat Singapura yang ketiga untuk memenangi pingat emas di Sukan Olimpik Khas.

Sukan Olimpik Khas Dunia yang berlangsung dari 14 hingga 21 Mac adalah temasya sukan bagi para atlit kurang daya intelek.

Tahun ini merupakan kali kesepuluh Singapura bertanding dalam Sukan Olimpik Khas. 

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan