Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Meski berlumba dalam jerebu, Hamilton yakin dapat raih kemenangan di S'pura

Juara dunia Formula One (F1) Lewis Hamilton daripada pasukan Mercedes mampu memenangi perlumbaan di Singapura pada hujung minggu ini meskipun dalam keadaan berjerebu di negara ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Meski berlumba dalam jerebu, Hamilton yakin dapat raih kemenangan di S'pura

Lewis Hamilton juarai Grand Prix Shanghai (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 18 Sep 2019 08:38PM Dikemas Kini : 18 Sep 2019 08:42PM

SINGAPURA: Juara dunia Formula One (F1) Lewis Hamilton daripada pasukan Mercedes mampu memenangi perlumbaan di Singapura pada hujung minggu ini meskipun dalam keadaan berjerebu di negara ini.

Jika Hamilton berhasil berbuat demikian, kemenangan itu akan menjadi yang kelima bagi pasukan Mercedes di Singapura.

Meskipun memenangi 10 daripada 14 perlumbaan sejauh ini, Mercedes mengalami dua kekalahan berturut-turut di Belgium dan Itali di tangan pasukan Ferrari.

Litar Perlumbaan Marina Bay disifatkan sebagai antara litar paling mencabar di dunia, dengan 23 selekoh lebih banyak berbanding litar-litar lain.

"Untuk sekian lama, Singapura adalah antara litar yang paling mencabar bagi kami sehinggakan ia menjadi kelemahan kami," dedah ketua pasukan Mercedes Toto Wolff. "Kami akhirnya berjaya mengatasinya dan mencatat prestasi yang sangat baik pada tahun lalu."

"Walau bagaimanapun, litar di Singapura ini tidak seperti litar-litar lain di merata dunia dan kami tidak akan mengambil mudah dalam pendekatan kami bagi hujung minggu ini."

Hamilton, yang mendahului rakan sepasukan Valtteri Botas dengan kelebihan 63 mata, terikat dengan pelumba Ferrari Sebastian Vettel dari segi jumlah kemenangan yang diraih di sini.

Hamilton dan Vettel masing-masing sudah memenangi sebanyak empat perlumbaan di sini.

Dua daripada empat kemenangan Hamilton di sini dikecapi dua tahun berturut-turut.

Jika Hamilton berjaya memenangi perlumbaan di Singapura pada hujung minggu ini, kemenangan itu bakal menjadi yang ketiga berturut-turut bagi juara dunia sebanyak lima kali itu dan ia (kemenangan di Singapura) juga akan menjadi kemenangan keempat berturut-turut bagi pasukan Mercedes di sini.

Sumber : Reuters/AW/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan