Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Mediacorp sediakan pelbagai wadah untuk tonton Sukan SEA

Peminat sukan akan mempunyai lebih banyak pilihan untuk menonton Sukan SEA yang akan menjelang, dengan Mediacorp menyediakan liputannya di pelbagai wadah.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 07 Nov 2019 08:02PM Dikemas Kini : 07 Nov 2019 10:03PM

SINGAPURA: Peminat sukan akan mempunyai lebih banyak pilihan untuk menonton Sukan SEA yang akan menjelang, dengan Mediacorp menyediakan liputannya di pelbagai wadah.

Temasya sukan itu bakal disiarkan di tiga saluran Toggle dan bagi acara-acara terpilih serta sorotan harian, ia akan ditayangkan di Channel 5 selain saluran YouTube Toggle.

Selain itu, perkembangan terkini juga akan disiarkan di platform CNA, termasuk televisyen dan digital.

Singapura akan menghantar kontinjen terbesarnya seramai 647 atlit untuk bersaing dalam 48 sukan.

Sukan SEA kali ini adalah yang paling besar dari segi jumlah sukan iaitu sebanyak 56 jenis.

Ia bakal berlangsung di tiga bandar Filipina dari 30 November hingga 11 Disember ini.

Sekitar 9,000 atlit dari 11 negara dijangka bersaing dalam temasya sukan itu.

Hoki dalam air, bola baling pantai dan luncur air adalah antara sukan yang akan membuat kemunculan pertama.

Mediacorp juga akan menayangkan Olimpik 2020, yang bakal diadakan di Tokyo.  

Sumber : CNA/FZ/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan