Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

McGregor mohon maaf tumbuk lelaki di Dublin

Bintang seni bela diri campuran (MMA), Conor McGregor memohon maaf pada Khamis (22 Ogos) selepas insiden di mana beliau menyerang seorang lelaki di Dublin, tular di media sosial minggu lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
McGregor mohon maaf tumbuk lelaki di Dublin

McGregor. (Gambar fail: Reuters)

Diterbitkan : 23 Aug 2019 07:58PM Dikemas Kini : 23 Aug 2019 08:01PM

LOS ANGELES: Bintang seni bela diri campuran (MMA), Conor McGregor memohon maaf pada Khamis (22 Ogos) selepas insiden di mana beliau menyerang seorang lelaki di Dublin, tular di media sosial minggu lalu.

Atlet kontroversi warga Ireland itu berkata beliau malu dan menyesali perbuatannya menumbuk lelaki yang tidak bersalah itu. Lelaki tersebut dipercayai tidak mencabar mahupun membahayakan dirinya.

“Saya salah. Lelaki itu berhak untuk berseronok di bar tanpa perlu melalui insiden begini. Di sini saya mengakui bahawa saya perlu dipersalahkan serta perlu bertanggungjawab atas kejadian itu,” katanya kepada ESPN.

Insiden itu kini disiasat oleh pihak polis dan McGregor, 31 tahun berkata beliau bersedia menerima sebarang hukuman yang dijatuhkan ke atasnya.

"Walau apa pun yang berlaku, saya akan menghadapinya," kata McGregor. "Walau apa pun hukuman, saya layak menerimanya. Saya tidak akan bersembunyi daripadanya. Saya salah. Ia adalah perilaku yang tidak boleh diterima langsung."

Dalam pada itu, ikon Kejuaraan UFC itu tidak sabar lagi untuk kembali bertarung meskipun sudah mengumumkan untuk bersara Mac lalu.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan