Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Mbappe pemain bola sepak terpantas di dunia

Pemain PSG Kylian Mbappe ditabalkan sebagai pemain bola sepak terpantas dunia, mengatasi beberapa bintang Liga Perdana England.

Anggaran Waktu Membaca:
Mbappe pemain bola sepak terpantas di dunia

Kylian Mbappe. (Gambar: Philippe Wojazer/Reuters)

Diterbitkan : 19 Apr 2020 06:10PM Dikemas Kini : 19 Apr 2020 06:13PM

LONDON: Pemain PSG Kylian Mbappe ditabalkan sebagai pemain bola sepak terpantas dunia, mengatasi beberapa bintang Liga Perdana England.

Penyerang Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang dan bintang Liverpool, Mohamed Salah masing-masing terpaksa akur terlepas kedudukan teratas sebagai pemain terpantas di tangan pemain berusia 21 tahun itu.

Berikut 10 pemain terpantas dunia yang disenaraikan akhbar Perancis, Le Figaro:

1. Kylian Mbappe, 36km/j

Kepantasan dimiliki Mbappe menjadi faktor utama yang membuatkannya menjadi buruan kelab gergasi dunia. Pendahulu Liga Perdana England, Liverpool menyatakan minat bagi menandatangani pemain Paris Saint Germain itu tetapi perlu bersaing dengan Real Madrid yang turut berhasrat membawa masuk pemain itu ke Santiago Bernabue.

2. Inaki Williams, 35.7km/j

Kepantasan Williams mula mencuri tumpuan sejak menyertai kelab Sepanyol, Athletic Bilbao. Manchester United dilaporkan berminat menandatangani pemain itu pada 2019 tetapi dia memilih memperbaharui kontraknya bersama Bilbao.

3. Pierre-Emerick Aubameyang, 35.5km/j

Arsenal berisiko tinggi kehilangan penyerang sensasi itu setelah dia dilapor bersedia meninggalkan Stadium Emirates. Aubameyang yang menjaringkan 20 gol musim ini menarik minat dua kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid dan Barcelona.

4. Karim Bellarabi, 35.27km/j

Pemain sayap Bayer Leverkusen berusia 30 tahun itu berjaya mengekalkan tempatnya dalam skuad selepas membuat 32 penampilan. Bellarabi yang dilaporkan mampu berlari 35.27km/j menjaringkan empat gol dan membuat lima umpanan buat kelab gergasi Jerman itu.

5. Kyle Walker, 35.21km/j

Pemain pertahanan Manchester City itu mengatasi rakan sepasukan, Leroy Sane dengan kepantasan 35.21km/j. Walker menjaringkan satu gol dalam 26 penampilan buat skuad bimbingan Pep Guardiola sepanjang musim 2019/2020.

6. Leroy Sane, 35.04km/j

Pemain Manchester City itu sering membuatkan pihak lawan terpukau dengan kepantasannya. Bagaimanapun, masa depannya bersama City kini mencetuskan persoalan selepas dia dikaitkan dengan perpindahan ke Bayern Munich.

7. Mohamed Salah, 35km/j

Kepantasan Salah membantunya menjaringkan 20 gol dan lapan umpanan buat Liverpool musim ini.

8. Kingsley Coman, 35km/j

Pemain sayap antarabangsa Perancis itu menarik minat beberapa kelab gergasi selepas dia tidak menolak kemungkinan meninggalkan Bayern Munich musim panas ini.

9. Alvara Odriozola, 34.99km/j

Bayern Munich menandatangani Odiriozola secara pinjaman daripada Real Madrid. Pemain berusia 24 tahun itu bagaimanapun hanya sekali membuat penampilan dalam saingan Bundesliga.

10. Nacho Fernandez, 34.62km/j

Fernandez hanya membuat sembilan penampilan buat Real Madrid musim ini tetapi kepantasannya tidak pernah menurun. 

Sumber : Agensi berita/SU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan