Images
  • sala
    Ramai peminat Sala berduka selepas pemain bola sepak kegemaran mereka dilaporkan hilang. (Gambar: Loic Venance/AFP)

Mayat Emiliano Sala akan dihantar pulang ke Argentina pada Jumaat

BUENOS AIRES: Mayat pemain bola sepak Emiliano Sala, akan dihantar pulang ke negara asalnya, Argentina pada Jumaat, menurut datuk bandar tempat kelahirannya, Encik Julio Muller, kepada AFP pada Selasa (12 Feb).

Mayat Sala dikeluarkan dari bangkai pesawat di Selat Inggeris minggu lalu. Beliau sedang dalam perjalanan untuk menyertai pasukan barunya di Liga Perdana Inggeris, Cardiff City,

Sebelum itu beliau merupakan pemain kelab bola sepak Nantes di Perancis. Pesawat yang dinaikinya dilaporkan hilang di Selat tersebut pada 21 Jan.

Menurut Encik Muller, mayat Sala akan tiba pada lewat petang dan akan dibawa ke gimnasium bersebelahan ibu pejabat kelab belianya, di mana satu acara bertafakur akan diadakan.

Menurutnya lagi, "ibu dan saudara perempuan dan lelaki Sala sudah tiba di Progreso."

Pihak berkuasa Britain mengenalpasti mayat Sala minggu lalu. Keluarganya kemudian berkata bahawa mereka akan mula berkabung di atas pemergiannya.

Sala, 28 tahun, meninggal dunia akibat "kecederaan di kepala dan bahagian lain tubuhnya", menurut satu siasatan di England pada Isnin.

Beliau dalam perjalanan menaiki sebuah pesawat kecil apabila ia dilaporkan hilang berdekatan pulau Guernsey, Britain.

Bangkai pesawat itu ditemui di dasar laut tetapi juruterbangnya berusia 59 tahun masih dilaporkan hilang.

- AFP/NA/na

Top