Images
  • matthijs de ligt ajax amsterdam
    Gambar fail pemain Matthijs de Ligt (Gambar: Reuters)

Matthijs de Ligt kini sah pemain Juventus

ITALI: Pemain pertahanan Ajax Amsterdam dan Belanda, Matthijs de Ligt berpindah ke gergasi bola sepak Itali, Juventus dengan yuran perpindahan bernilai 75 juta euro (S$84.2 juta), menurut juara Serie A Itali itu.

de Ligt, 19 tahun, kini menjadi pemain ketiga termahal dalam sejarah Juventus setelah pasukan itu mendapatkan Cristiano Ronaldo pada musim lalu dengan yuran perpindahan bernilai 105 juta euro ($160.4 juta) dan 90 juta euro ($137.5 juta) bagi penyerang Argentina, Gonzalo Higuain.

Sebelum ini, de Ligt pernah dikaitkan dengan kelab-kelab gergasi Eropah setelah mempamerkan prestasi yang cemerlang semasa membantu Ajax melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah pada musim lalu.

Dalam 117 perlawanan untuk Ajax, beliau berhasil menjaringkan 13 gol dan antara jaringan beliau itu berjaya membenamkan Juventus di peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Eropah musim lalu.

Sejauh ini, bintang muda Belanda itu sudahpun menyarung jersi pasukan negaranya sebanyak 17 kali.  

- AFP/HK/tq

Top