Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Marquez juara MotoGP kali ke-6 di Thailand

Pelumba Sepanyol, Marc Marquez, menggondol gelaran juara dunia MotoGP buat kali keenam selepas mengungguli perlumbaan Grand Prix (GP) Thailand pada Ahad (6 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Marquez juara MotoGP kali ke-6 di Thailand

Pelumba Repsol Honda, Marc Marquez, semasa latihan untuk MotoGP - Grand Prix Thailand - di Litar Antarabangsa Chang di Buriram, Thailand pada 5 Okt 2019. (Gambar: Soe Zeya Tun/Reuters)

Diterbitkan : 06 Oct 2019 06:45PM Dikemas Kini : 06 Oct 2019 06:51PM

BURIRAM, THAILAND: Pelumba Sepanyol, Marc Marquez, menggondol gelaran juara dunia MotoGP buat kali keenam selepas mengungguli perlumbaan Grand Prix (GP) Thailand pada Ahad (6 Okt).

Pelumba dari pasukan Repsol Honda itu hanya perlu mengumpul lebih dua mata berbanding pencabar terdekatnya dari Ducati, Andrea Dovizioso, bagi mengesahkan gelaran juara dunia keempat berturut-turut.

Dovizioso terpaksa berpuas hati dengan kedudukannya di tempat keempat dalam perlumbaan yang berlangsung di Litar Antarabangsa Chang dekat Buriram, Thailand.

Kejuaraan Marquez itu adalah yang kelapan sepanjang kerjaya pelumba berusia 26 tahun itu dalam grand prix. Beliau sebelum ini adalah juara dunia 125cc (kini Moto3) pada 2010 dan pemenang Moto2 pada 2012.  

Sumber : Reuters/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan