Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Marcello Lippi undur diri sebagai jurulatih China

Jurulatih yang menerajui Itali menjuarai Piala Dunia pada 2006, Marcello Lippi, mengesahkan tempohnya selaku jurulatih China sudah berakhir menyusuli penyingkiran pasukannya daripada Piala Asia selepas tewas kepada Iran di peringkat suku akhir.

Anggaran Waktu Membaca:
Marcello Lippi undur diri sebagai jurulatih China

Jurulatih pasukan bola sepak China, Marcello Lippi. (Gambar: Satish Kumar Subramani/Reuters)

Diterbitkan : 25 Jan 2019 11:51PM Dikemas Kini : 25 Jan 2019 11:53PM

ABU DHABI: Jurulatih yang menerajui Itali menjuarai Piala Dunia pada 2006, Marcello Lippi, mengesahkan tempohnya selaku jurulatih China sudah berakhir menyusuli penyingkiran pasukannya daripada Piala Asia selepas tewas kepada Iran di peringkat suku akhir.

Jurulatih dari Itali itu sudahpun berkata sebelum ini beliau tidak akan menandatangani kontrak lanjutan tetapi ramai berharap agar beliau akan mempertimbangkan perkara tersebut jika China berjaya menjulang kejuaraan di Amiriah Arab Bersatu.

Begitupun, gelaran itu tampak begitu sukar untuk dicapai China yang gagal menghalang pasukan Iran yang beraksi penuh bertenaga di Stadium Mohammed Bin Zayed, dengan ketiga-tiga gol kekalahan 0-3 berpunca daripada kesilapan pertahanan.

“Perlawanan ini menamatkan kontrak saya bersama pasukan kebangsaan China sekaligus mengakhiri perjalanan saya bersama China.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua. Ia merupakan satu penghargaan buat saya menguruskan pasukan kebangsaan ini yang dianggap amat penting buat negara ini dan saya sudah melakukan yang terbaik untuk memperbaiki pasukan ini.

“Sudah pasti saya berharap mengakhiri pengalaman ini dengan lebih baik, namun anda tidak boleh lakukan kesilapan seumpama ini,” katanya. 

Sumber : Reuters/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan