Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Marc Marquez muncul juara MotoGP Malaysia

Juara Dunia MotoGP 2018, Marc Marquez daripada pasukan Repsol Honda Team muncul juara Grand Prix Motosikal Malaysia.

Anggaran Waktu Membaca:
Marc Marquez muncul juara MotoGP Malaysia

Marc Marquez. (Gambar: Mohd Rasfan/AFP)

Diterbitkan : 04 Nov 2018 04:10PM Dikemas Kini : 04 Nov 2018 04:14PM

SEPANG: Juara Dunia MotoGP 2018, Marc Marquez daripada pasukan Repsol Honda Team muncul juara Grand Prix Motosikal Malaysia.

Pelumba Sepanyol itu mencatatkan masa 40 minit dan 32.372 saat dalam satu perlumbaan penuh dramatik.

Kejayaan tersebut dicapai Marquez walaupun juara MotoGP dunia yang baru itu bermula dari petak ketujuh walaupun mencatat masa terpantas semasa sesi kelayakan, kerana menunggang dengan cara yang tidak bertanggungjawab sehingga mengganggu pelumba lain.

Pemenang tempat kedua ialah rakan senegaranya Alex Rins daripada pasukan Team Suzuki Ecstar dengan catatan masa 40 minit dan 34.270 saat. Manakala pelumba Perancis Johann Zarco daripada pasukan Monster Yamaha Tech 3 di tempat ketiga dengan masa 40 minit dan 34.846 saat.

Rakan sepasukan Zarco, Hafizh Syahrin daripada Malaysia menamatkan perlumbaan di tempat ke-10 dengan catatan masa 40 minit dan 59.291 saat.

Juara dunia sembilan kali dari Itali, Valentino Rossi, sedang mendahului perlumbaan dan dijangka mendapat kemenangannya yang pertama di Malaysia sejak 2010.

Rossi bagaimanapun terjatuh daripada motosikalnya semasa membelok dan akhirnya menamatkan perlumbaan di tempat ke-18.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan