Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Maraton Standard Chartered S'pura diadakan pada sebelah malam tahun ini

Buat julung-julung kalinya dalam sejarah Maraton Standard Chartered Singapura (SCSM), acara larian itu akan diadakan pada sebelah malam pada tahun ini. Pihak penganjur SCSM, Ironman Asia, mengumumkan demikian pada Selasa (28 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Maraton Standard Chartered S'pura diadakan pada sebelah malam tahun ini

Maraton Standard Chartered S'pura diadakan pada sebelah malam tahun ini. (Gambar: SCSM)

Diterbitkan : 29 May 2019 01:15PM Dikemas Kini : 29 May 2019 01:18PM

SINGAPURA: Buat julung-julung kalinya dalam sejarah Maraton Standard Chartered Singapura (SCSM), acara larian itu akan diadakan pada sebelah malam pada tahun ini. Pihak penganjur SCSM, Ironman Asia, mengumumkan demikian pada Selasa (28 Mei).

Edisi larian 2019 akan bermula pada pukul 6.00 petang pada 30 November. Acara tahun ini akan berlangsung selama tiga hari dengan acara Kids Dash diadakan pada 29 November, manakala larian 5 kilometer dan 10 kilometer akan diadakan pada 1 Disember.

Format larian pada sebelah petang itu membentuk sebahagian daripada usaha pihak penganjur untuk mempertingkatkan daya tarikan acara tersebut, serta meningkatkan peluang SCSM untuk disertakan dalam Abbott World Major Marathons (WMM), iaitu siri maraton terbesar dan paling terkenal di dunia, pada 2021.

Waktu permulaan bagi larian utama akan menjadi "lebih sesuai bagi para peserta," menurut pihak penganjur semasa menjawab pertanyaan Mediacorp. "Ini kerana suhu cuaca lebih rendah, selain memberi para peserta lebih banyak masa untuk tidur dan rehat."

Acara tahun ini akan menampilkan laluan mesra penonton melalui jalan-jalan raya dan mercu tanda paling ikonik di Singapura seperti Marina Bay Sands, Taman di Pesisiran dan Singapore Flyer.

Tidak termasuk acara Kids Dash, larian tahun ini akan bermula di Bangunan Pit F1 dan berakhir di Pentas Terapung Marina Bay.

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan