Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Marah sangat ke warga Argentina dengan Messi? Patungnya dimusnah 2 kali tahun ini

Bintang bola sepak Argentina, Lionel Messi memang licik melepasi pemain-pemain yang bermain kasar untuk merampas bola daripadanya di padang.

Anggaran Waktu Membaca:
Marah sangat ke warga Argentina dengan Messi? Patungnya dimusnah 2 kali tahun ini

Buat dua kali setahun, arca gangsa Messi dimusnahkan dengan hanya tinggal bola sepaknya sahaja kali ini. (Gambar: Facebook)

Diterbitkan : 12 Dec 2017 07:56PM Dikemas Kini : 12 Dec 2017 08:17PM

BUENOS AIRES: Bintang bola sepak Argentina, Lionel Messi memang licik melepasi pemain-pemain yang bermain kasar untuk merampas bola daripadanya di padang.

Bagiamanapun arca gangsa pemain terbaik dunia buat lima kali berturut-turut itu di Paseo de la Gloria, Buenos gagal 'menggelecek' mereka yang tidak meminatinya dan menjadi sasaran.

Pada Januari tahun ini, arca lagenda Barcelona itu hilang separuh tubuhnya selepas ia siap didirikan June tahun lalu.

Menurut laporan The Mirror, arca gangsa itu diperkenalkan oleh ketua bandar Horaico Rodriguez untuk memujuk atlit berusia 30 tahun itu kembali mewakili Argentina selepas persaraannya daripada perlawanan antarabangsa menyusuli kegagalan pasukan negara meraih kejuaraan Copa America 2016.

Usahanya tampak berkesan dengan baru-baru ini, Messi meraih hat-trick dalam perlawanan menentang Ecuador sekaligus melayakkan Argentina ke Piala Dunia di Russia tahun depan.

Namun, beliau terus terperangkap dalam bayang-bayang ""El Pibe de Oro" ("Pemain Emas") negara itu, Diego Maradona, dek kegagalannya memimpin Argentina untuk menjulang Piala Dunia. Pasukan negara ketandusan piala antarabangsa dengan kekalahan di tangan Jerman pada perlawanan akhir Piala Dunia 2014 selain di Copa America 2015 dan 2016.

Setakat ini, agensi media tempatan, FFE, melaporkan bahawa masih belum jelas sama ada arca gangsa Messi akan dibina semula ataupun dikeluarkan sahaja.  

Sumber : Agensi berita/SM
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan