Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Maradona perlu rawatan kesihatan sejurus raikan kemenangan Argentina

Maradona pernah mengalami beberapa siri masalah kesihatan termasuk ketagihan ganja. Pada 2007, beliau dilaporkan hampir meninggal dunia.

Anggaran Waktu Membaca:
Maradona perlu rawatan kesihatan sejurus raikan kemenangan Argentina

Legenda pemain bola sepak Argentina Diego Armando Maradona di satu acara di Itali. (Gambar: REUTERS/Paolo Lo Debole)

Diterbitkan : 27 Jun 2018 09:06AM Dikemas Kini : 27 Jun 2018 09:09AM

SAINT PETERSBURG: Anggota paramedik terpaksa memberi rawatan kepada legenda Argentina Diego Maradona selepas beliau dilihat mengalami masalah kesihatan sejurus meraikan gol kedua negaranya ketika bertemu Nigeria pada Selasa (26 Jun), menurut laporan.

Maradona, 57, kelihatan penuh emosi sepanjang perlawanan di Saint Petersburg memandangkan Argentina perlu menang untuk terus kekal dalam Piala Dunia.

Apabila Marcos Rojo menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-86, Maradona dilihat bersandar di dinding tempat duduk VIP sambil memberikan tabik hormat sebelum menjerit meraikannya.

Rakaman video kemudian menunjukkan bekas pemenang Piala Dunia 1986 itu tidak sihat, sukar berjalan dan terpaksa dipapah untuk ke bilik makan VIP.

Beberapa gambar menunjukkan dua anggota paramedik merawat Maradona dengan salah seorang daripada mereka mengambil bacaan tekanan nadinya.

Media Argentina melaporkan, Maradona mengalami gangguan tekanan darah.

Akhbar Argentina Ole pula melaporkan Maradona sudah boleh berjalan pulang ke hotel penginapannya.

Maradona pernah mengalami beberapa siri masalah kesihatan termasuk ketagihan ganja. Pada 2007, beliau dilaporkan hampir meninggal dunia. 

Sumber : AFP/SS/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan