Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Maradona disemadikan di perkuburan Bella Vista, Buenos Aires

Legenda bola sepak Argentina Diego Maradona sudah disemadikan di tanah perkuburan di kawasan perumahan Bella Vista berhampiran Buenos Aires, lapor agensi berita Sputnik sambil memetik penyiar TN.

Anggaran Waktu Membaca:
Maradona disemadikan di perkuburan Bella Vista, Buenos Aires

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 27 Nov 2020 12:38PM Dikemas Kini : 27 Nov 2020 12:41PM

BUENOS AIRES: Legenda bola sepak Argentina Diego Maradona sudah disemadikan di tanah perkuburan di kawasan perumahan Bella Vista berhampiran Buenos Aires, lapor agensi berita Sputnik sambil memetik penyiar TN.

Tanah perkuburan tersebut dipilih kerana ibu bapa Maradona disemadikan di sana.

Ikon bola sepak dunia itu meninggal dunia pada Rabu pada usia 60 tahun akibat serangan jantung.

Dua minggu sebelum kematian beliau, Maradona dibenarkan keluar dari hospital selepas menjalani pembedahan pada bahagian otaknya.

Berlaku pergaduhan dan rusuhan di Buenos Aires pada Khamis ketika upacara persemadian itu sedang berlangsung.

Sekurang-kurangnya sembilan orang ditahan manakala ramai orang awam, wartawan dan jurukamera mengalami kecederaan. 

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan