Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Maradona dibenarkan pulang dari hospital selepas pembedahan

Kapten pasukan Argentina ketika ia menjulang Piala Dunia, Diego Maradona, dibenarkan pulang dari hospital pada Ahad (13 Jan) selepas menjalani satu pembedahan rutin bagi merawat pendarahan dalam perut, kata peguamnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Maradona dibenarkan pulang dari hospital selepas pembedahan

Jurulatih kelab Mexico Dorados de Sinaloa, Diego Maradona, di Stadium Benito Juarez. (Gambar fail: Jose Luis Gonzalez/Reuters)

Diterbitkan : 14 Jan 2019 09:51AM Dikemas Kini : 14 Jan 2019 10:00AM

BUENO AIRES: Kapten pasukan Argentina ketika ia menjulang Piala Dunia, Diego Maradona, dibenarkan pulang dari hospital pada Ahad (13 Jan) selepas menjalani satu pembedahan rutin bagi merawat pendarahan dalam perut, kata peguamnya.

Pada awal bulan ini, jurulatih kelab Mexico Dorados de Sinaloa yang berusia 58 tahun itu didiagnosis mengalami pendarahan dalaman disebabkan oleh hernia. Beliau menjalani pembedahan pada Sabtu (12 Jan) di sebuah hospital di kawasan pinggir bandar Buenos Aires.

"Diego Maradona baru sahaja dibenarkan pulang dari hospital dan beliau kini sedang dalam perjalanan pulang ke rumah untuk kembali pulih ," kata peguamnya, Matias Morla, menerusi Twitter.

Bekas pemain kelab Boca Juniors, Barcelona dan Napoli itu kerap dirawat di hospital akhir-akhir ini, sering disebabkan oleh gaya hidup mewahnya yang menjadikannya sebagai salah seorang pemain bola sepak paling ikonik dalam abad ke-20.

Di Piala Dunia 2018 di Rusia, Maradona rebah semasa menyaksikan perlawanan antara Argentina dengan Nigeria.

Sebelum itu pada 2004, Maradona dikejarkan ke hospital akibat masalah jantung dan pernafasan teruk yang ada kaitan dengan penggunaan kokain.

Maradona dijangka meneruskan tugasnya sebagai jurulatih di Mexico setelah beliau pulih sepenuhnya.  

Sumber : Reuters/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan