Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Manchester United pecat pengurus Solskjaer

Manchester United memecat pengurus mereka Ole Gunnar Solskjaer pada Ahad (21 Nov), sehari selepas diaibkan dengan kekalahan 1-4 di tangan Watford yang baru dinaikkan ke Liga Perdana England.

Anggaran Waktu Membaca:
Manchester United pecat pengurus Solskjaer

Ole Gunnar Solskjaer pada 20 Nov 2021 setelah Manchester United kalah 4-1 di tangan Watford (Gambar: Ian KINGTON/AFP)

Diterbitkan : 21 Nov 2021 07:15PM Dikemas Kini : 21 Nov 2021 07:16PM

MANCHESTER: Manchester United memecat pengurus mereka Ole Gunnar Solskjaer pada Ahad (21 Nov), sehari selepas diaibkan dengan kekalahan 1-4 di tangan Watford yang baru dinaikkan ke Liga Perdana England.

Kekalahan tersebut meletakkan pasukan Old Trafford itu di tangga ketujuh EPL.

Pengurus warga Norway itu telah menandatangani lanjutan kontrak selama tiga tahun sehingga 2024 pada Julai, namun dipecat selepas United kalah dalam lima daripada tujuh perlawanan liga terakhir mereka, termasuk ditundukkan oleh Aston Villa, Leicester City, Liverpool dan Manchester City.

"Manchester United mengumumkan bahawa Ole Gunnar Solskjaer telah melepaskan jawatannya sebagai pengurus. Ole akan sentiasa menjadi legenda di Manchester United dan dengan rasa kesal kami telah mencapai keputusan sukar ini," kata United dalam satu kenyataan.

"Walaupun beberapa minggu lalu mengecewakan, ia tidak sepatutnya memperlekehkan semua kerja yang telah dilakukannya sejak tiga tahun lalu untuk membangunkan semula asas kejayaan jangka panjang."

Michael Carrick dilantik sebagai pengurus sementara pasukan sementara United mencari pengganti jangka panjang Solskjaer. Mereka bakal berdepan dengan Villarreal di padang lawan dalam Liga Juara-Juara pada Selasa.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan