Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Manchester United meterai perjanjian dengan Juventus bagi kepulangan Cristiano Ronaldo

Manchester United mengumumkan pada Jumaat (27 Ogos) pihaknya telah mencapai persetujuan bagi mendapatkan Cristiano Ronaldo dari Juventus, 12 tahun selepas beliau meninggalkan Old Trafford untuk menyertai Real Madrid.

Anggaran Waktu Membaca:
Manchester United meterai perjanjian dengan Juventus bagi kepulangan Cristiano Ronaldo

(Gambar fail: AFP)

Diterbitkan : 28 Aug 2021 08:21AM Dikemas Kini : 28 Aug 2021 08:27AM

MANCHESTER: Manchester United mengumumkan pada Jumaat (27 Ogos) pihaknya telah mencapai persetujuan bagi mendapatkan Cristiano Ronaldo dari Juventus, 12 tahun selepas beliau meninggalkan Old Trafford untuk menyertai Real Madrid.

"Manchester United sukacita mengesahkan bahawa kelab ini sudah mencapai persetujuan dengan Juventus bagi perpindahan Cristiano Ronaldo, tertakluk pada persetujuan syarat peribadi, visa dan perubatan," menurut United dalam satu kenyataan.

"Semua orang dalam kelab mengalu-alukan kepulangan Cristiano ke Manchester."

Pemindahan United mengakhiri 24 jam yang penuh debaran di mana Ronaldo pada awalnya kelihatan bersedia untuk menyertai pesaingnya Manchester City.

City, juara Liga Perdana England, dikaitkan dengan pemindahan penyerang Portugal itu setelah terlepas mendapatkan kapten England, Harry Kane.

Bagaimanapun, pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer membayangkan bahawa satu perjanjian sedang diusahakan dalam sidang media sebelum perlawanan pada Jumaat menjelang perjalanan perlawanan Liga Perdana England ke Wolves pada Ahad.

"Dalam pandangan saya, Cristiano adalah legenda kelab ini, beliau pemain terbaik sepanjang masa," kata Solskjaer, yang pernah bermain bersama Ronaldo.

Sky Sport Italia melaporkan bahawa United telah menawarkan Juve 28 juta euro (S$44.5 juta), mempersetujui perjanjian dua tahun dengan bintang penyerang yang bernilai 25 juta euro (S$39.6 juta) setiap musim.

Ronaldo memenangi gelaran pertama daripada lima gelaran Liga Juara-Juara dan pertama kali dinobatkan sebagai pemain terbaik dunia selama enam tahun di United antara 2003 hingga 2009.

Secara keseluruhan beliau menjaringkan 118 gol dalam 292 permainan, selain memenangi tiga gelaran Liga Perdana, satu Piala FA dan dua Piala Liga.

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan