Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Manchester United lantik Ralf Rangnick sebagai pengurus sementara

Ralf Rangnick disahkan sebagai pengurus sementara Manchester United sehingga akhir musim, umum kelab Liga Perdana England itu pada Isnin (29 Nov), lapan hari selepas memecat Ole Gunnar Solskjaer.

Anggaran Waktu Membaca:
Manchester United lantik Ralf Rangnick sebagai pengurus sementara

Gambar fail Ralf Rangnick (Gambar: Odd ANDERSEN/AFP)

Diterbitkan : 29 Nov 2021 09:49PM Dikemas Kini : 29 Nov 2021 09:53PM

LONDON: Ralf Rangnick disahkan sebagai pengurus sementara Manchester United sehingga akhir musim, umum kelab Liga Perdana England itu pada Isnin (29 Nov), lapan hari selepas memecat Ole Gunnar Solskjaer.

Selepas tempoh tersebut, bekas bos RB Leipzig itu akan terus berkhidmat dalam peranansebagai penasihat di Old Trafford untuk dua tahun lagi.

"Ralf adalah salah seorang jurulatih dan inovator yang paling dihormati dalam bola sepak Eropah," kata pengarah bola sepak United, John Murtough.

"Dia adalah calon nombor satu kami sebagai pengurus sementara, mencerminkan kepimpinan dan kemahiran teknikal yang tidak ternilai dibawanya daripada pengalaman hampir empat dekad dalam pengurusan dan kejurulatihan."

Warga Jerman berusia 63 tahun itu kini mengetuai bahagian sukan dan pembangunan kelab Liga Perdana Rusia, Lokomotiv Moscow.

Dia akan menggantikan Solskjaer, yang dipecat selepas kekalahan United 4-1 di tangan Watford bulan ini, kekalahan ketujuh mereka dalam 13 perlawanan. Mereka kini di tangga kelapan Liga Perdana.

Salah seorang penolong Solskjaer, Michael Carrik mengambil alih pasukan ketika kemenangan Liga Juara-Juara Eropah di Villarreal, yang membawa United ke peringkat kalah mati 1-1 menentang Chelsea.

"Saya teruja untuk menyertai United dan akan menumpukan untuk menjadikan musim ini musim yang berjaya buat kelab," kata Rangnick.

"Skuad ini banyak bakat dan mempunyai keseimbangan hebat antara usia muda dan pengalaman. Segala usaha saya untuk enam bulan akan datang adalah untuk membantu pemain ini mencapai potensi mereka, secara individu dan, yang paling penting, sebagai sebuah pasukan.

KEJAYAAN DI JERMAN

Rangnick telah melatih beberapa kelab di Jerman, mencatatkan kejayaan yang hebat. Dia dinaikkan pangkat berturut-turut dengan Hoffenheim pada 2006-07 dan 2007-08, memimpin mereka hingga layak ke liga utama Jerman buat kali pertama.

Dia memimpin Schalke ke Piala Jerman pada 2011, sebelum membantu menubuhkan RB Leipzig sebagai pasukan Bundesliga terkemuka dalam dua tempoh sebagai jurulatih.

Kejayaan terbesar Rangnick adalah sebagai pengarah bola sepak di Leipzig, jawatan yang dipegangnya dari 2012 hingga 2019. Kelab itu dinaikkan daripada keempat serantau Jerman hingga bersaing dalam Liga Juara-Juara semasa di bawah kepimpinannya.

Carrick akan terus memimpin pasukan utama sehingga visa kerja Rangnick dimuktamadkan.

United, yang berada di tangga kelapan dengan 18 mata daripada 13 perlawanan, akan menjadi tuan rumah perlawanan dengan Arsenal pada Khamis. 

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan