Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Manchester City rembat Watford 6-0, juarai Piala FA England

Manchester City meraih kejuaraan ketiga musim ini selepas membelasah Watford 6-0 bagi menjulang juga Piala FA England.

Anggaran Waktu Membaca:
Manchester City rembat Watford 6-0, juarai Piala FA England

Manchester City juarai Piala FA England setelah tumpaskan Watford 6-0 di Stadium Wembley, London, Britain, pada 18 Mei 2019. (David Klein/REUTERS)

Diterbitkan : 19 May 2019 07:50PM Dikemas Kini : 19 May 2019 07:52PM

LONDON: Manchester City meraih kejuaraan ketiga musim ini selepas membelasah Watford 6-0 bagi menjulang juga Piala FA England. Ia merupakan kemenangan terbesar dalam sejarah kejohanan itu sejak 1903.

City membuka tirai jaringan seawal minit ke-25, hasil jaringan David Silva. Ini merupakan gol pertama Silva sejak Disember lalu.

Sejurus sebelum masa rehat, Gabriel Jesus meluaskan jurang gol kepada 2-0.

Dalam babak separuh masa kedua, jentera serangan City terus mengasak benteng pertahanan Watford. Kevin De Bruyne menambah jaringan kepada 3-0.

Gabriel Jesus meletakkan City dalam kedudukan selesa 4-0 manakala Raheem Sterling menyumbang dua lagi gol untuk menamatkan pesta gol City.

Manchester City sebelum ini sudahpun menjuarai Liga Perdana dan Piala Liga England.

Sumber : Reuters/AA/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan