Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Manchester City duduki tangga pertama Liga Perdana England

Manchester City naik ke teratas Liga Perdana England selepas mencatat kemenangan tipis menentang Bournemouth.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 03 Mar 2019 09:31PM Dikemas Kini : 03 Mar 2019 10:46PM

LONDON: Manchester City naik ke teratas Liga Perdana England selepas mencatat kemenangan tipis menentang Bournemouth.

Dalam pertarungan tersebut, babak pertama berakhir tanpa sebarang gol. Namun, City akhirnya berjaya memecahkan kebuntuan, hasil jaringan Riyad Mahrez pada minit ke-55.

Keputusan muktamad 1-0 itu cukup untuk meletakkan City di tangga teratas, dua mata di hadapan Liverpool.

Manchester United pula kembali ke tangga keempat setelah menundukkan Southampton di Old Trafford.

Southampton menjaringkan gol pertama menerusi Yan Valery pada minit ke-26. Namun, pasukan tuan rumah bangkit dalam babak kedua dan Andreas Pereira menyamakan kedudukan pada minit ke-53.

Romelu Lukaku mengukuhkan kedudukan United enam minit kemudian. Bagaimanapun, James Ward-Prowse berjaya menyamakan semula kedudukan menerusi tendangan percuma pada minit ke-75.

Namun demikian, Lukaku menambah satu lagi gol dua minit sebelum wisel penamat untuk memastikan United menang 3-2. 

Sumber : AFP/RR/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan