Images
  • man utd
    (Gambar: AFP)

Man Utd setakat seri 1-1 dengan West Brom

LONDON: Usaha Manchester United untuk memburu mahkota Liga Perdana England (EPL) mengalami satu lagi tamparan apabila pasukan itu hanya mampu seri 1-1 dengan West Bromwich Albion pada Ahad (14 Feb).

United keciciran mata dalam lima daripada tujuh perlawanan terakhir mereka yang kini membolehkan Manchester City untuk melebarkan lagi jurang antara kedua-dua pasukan berjiran itu kepada tujuh mata, tidak termasuk satu perlawanan dalam tangan yang menjadi kelebihan City ke atas Man United.

Satu mata saja sudah cukup untuk meletakkan pasukan kendalian Ole Gunnar Solskjaer kembali mendahului Leicester City di tangga kedua liga menerusi kelebihan jaringan gol.

West Brom yang kini dikendalikan oleh Sam Allardyce memiliki peluang lebih baik untuk memenangi perlawanan dan mengelakkan diri daripada terperuk di tangga paling corot liga.
Benteng pertahanan Man United dibolosi seawal minit kedua perlawanan melalui tandukan Mbaye Diagne yang dengan mudah mengenepikan pemain pertahanan United, Victor Lindelof.

"Kami gagal memulakan perlawanan dengan baik," kata Solskjaer dengan pasukannya ketinggalan gol dalam lapan daripada 12 perlawanan di padang lawan musim ini.

"Anda mempunyai 90 minit untuk memperbetulkan kesilapan itu dan tidak perlu panik tetapi saya rasa kami tidak berhasil untuk terus mengekalkan rentak dan corak permainan kami," luah Solskjaer.

- AFP/NA/na

Top