Images
  • manchester united lwn liverpool
    Lallana berjaya menjaringkan gol penyamaan dengan hanya lima minit sebelum perlawanan berakhir. (Gambar: Oli Scarff/AFP)

Man Utd sentap rekod tanpa kalah Liverpool; seri 1-1

MANCHESTER: Liverpool gagal meraih kemenangan ke-18 berturut-turut dalam Liga Perdana England selepas seri 1-1 dengan Manchester United semalam (20 Okt) di Old Trafford.

Jaringan Adam Lallana pada minit-minit terakhir perlawanan berjaya menyelamatkan juara Eropah itu daripada kecundang di tangan The Red Devils.

Pasukan pimpinan Ole Gunnar Solskjaer itu mendahului perlawanan dengan gol kontroversial Marcus Rashford pada separuh pertama.

Namun pasukan tuan rumah gagal mempertahankan kedudukan tersebut selepas pemain simpanan The Reds, Lallana berjaya menyumbatkan gol penyamaan dengan baki hanya lima minit sebelum perlawanan berakhir.

Dengan keputusan seri itu, Liverpool memperkukuhkan kedudukannya di tangga pertama liga dengan enam mata di depan Manchester City tetapi hakikatnya skuad Jurgen Klopp terlepas peluang untuk membelasah United yang berada di tempat ke-13.

- AFP/SM/sm

Top