Man Utd sambut pasukan bola sepak yang diselamatkan dari gua Thailand
Pasukan bola sepak Thai yang mendapat perhatian dunia apabila terperangkap dalam sebuah gua selama lebih dua minggu pada Jun, menikmati hari yang penuh bersejarah di Old Trafford, pada Ahad (28 Okt) atas undangan Manchester United.
MANCHESTER: Pasukan bola sepak Thai yang mendapat perhatian dunia apabila terperangkap dalam sebuah gua selama lebih dua minggu pada Jun, menikmati hari yang penuh bersejarah di Old Trafford, pada Ahad (28 Okt) atas undangan Manchester United.
Mereka bukan sahaja sempat bertemu dengan pengurus United Jose Mourinho dan barisan pemain Manchester United pada Sabtu (27 Okt), bahkan menjadi tetamu terhormat, perlawanan Red Devils menentang Everton dalam Liga Perdana.
12 remaja dari kelab "Wild Boars", berusia antara 11 tahun dengan 16 tahun itu serta jurulatih mereka terperangkap dalam gua selama 17 hari sebelum diselamatkan dalam satu operasi yang disertai pelbagai negara.
Mereka turut diundang ke pusat latihan United di Carrington untuk bertemu Mourinho dan pemain, sehari sebelum perlawanan dengan Everton.
Mourinho sendiri yang menyambut mereka dengan pelukan hangat sambil mengambil gambar bersama serta menandatangani cenderamata.
12 remaja tersebut ditemani oleh dua jurulatih, anggota keluarga mereka dan seorang pegawai kerajaan Thai Werachon Sukondhapatipak.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.