Images
  • manchester united fans
    Gambar: AFP

Man Utd perkenal skim perkongsian saham dengan penyokong

LONDON: Manchester United mendedahkan perbincangan dengan penyokong mengenai pengenalan skim perkongsian saham sudah sampai ke tahap lebih lanjut.

Pengerusi bersama United, Joel Glazer menyarankan skim yang membolehkan penyokong membina pemilikan saham dalam kelab Liga Perdana England (EPL) itu.

Keluarga Glazer yang juga pemilik United, bertindak demikian selepas bantahan terhadap pembabitan kelab itu dalam Liga Super Eropah yang turut disertai 12 lagi pasukan elit dunia.

Dalam forum bersama penyokong, Glazer berkata dia berharap cadangan tersebut akan "mengembalikan semula hubungan" dengan penyokong.

Kelab itu mendedahkan perbincangan dengan Manchester United Supporters Trust (MUST) sudah berjalan sejak "beberapa bulan" tetapi tidak memberi petunjuk sasaran tarikh akhir yang ditetapkan.

"Kami sedang berada pada tahap perbincangan lanjut dengan MUST mengenai skim perkongsian saham yang boleh membuka laluan untuk penyokong membina pemilikan bermakna di Manchester United," kata kenyataan kelab.

"Ini akan memberikan penyokong suara lebih kuat dalam struktur pemilikan dan membantu memberikan semangat dalam hubungan jangka panjang antara penyokong dan kelab."

- AFP/SU/sm

Top