Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Man Utd jamin tempat kedua selepas seri 0-0

Manchester United menjamin tempat kedua dalam Liga Perdana England selepas seri 0-0 dalam perlawanan menentang West Ham semalam (10 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Man Utd jamin tempat kedua selepas seri 0-0

Paul Pogba dan Scott Mctominay cuba merampas bola dari Joao Mario. (Gambar: ALASTAIR GRANT/AP)

Diterbitkan : 11 May 2018 08:22AM Dikemas Kini : 11 May 2018 08:26AM

LONDON: Manchester United menjamin tempat kedua dalam Liga Perdana England selepas seri 0-0 dalam perlawanan menentang West Ham semalam (10 Mei).

West Ham mengasak benteng pertahanan Manchester United bertubi-tubi pada peringkat awal perlawanan.

Pada minit ke-6, Marko Arnautovic menggelecek bola melepasi beberapa pemain United tetapi David de Gea berjaya menyelamatkan percubaan warga Austria itu.

Arnautovic terus mencari peluang untuk menjaringkan gol melalui tandukannya.

Pemain midfield United Jesse Lingard cuba memecahkan kebuntuan melalui rembatannya dari jarak jauh. Penjaga gawang West Ham Adrian turut menyelamatkan percubaan dari Alexis Sanchez sebelum menepis tendangan Luke Shaw.

Namun, prestasi United kurang memuaskan dengan Paul Pogba sekali lagi gagal mengawal permainan.

Bintang Perancis yang bernilai £89 juta (S$160 juta) itu mendapat peluang terbaik untuk menjaringkan gol pada minit ke-60 tetapi tandukannya gagal menemui sasaran.

“Kami mendapat tempat kedua. Saya tidak begitu gembira (kerana) ia bukan sasaran saya tetapi sejak kami sedar ia mustahil untuk menjulang kejuaraan, kami meletakkan sasaran untuk menduduki tempat kedua dan ia tercapai hari ini.” 

Sumber : AFP/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan