Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Man Utd dibelenggu krisis keyakinan, kata Solskjaer

Pengurus pasukan Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mengakui pasukan itu dibelenggu krisis keyakinan apabila ia tunduk 1-0 kepada Newcastle dalam Liga Perdana pada Ahad (6 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Man Utd dibelenggu krisis keyakinan, kata Solskjaer

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 07 Oct 2019 03:10PM Dikemas Kini : 07 Oct 2019 03:12PM

NEWCASTLE: Pengurus pasukan Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mengakui pasukan itu dibelenggu krisis keyakinan apabila ia tunduk 1-0 kepada Newcastle dalam Liga Perdana pada Ahad (6 Okt).

Pemain Newcastle, Matty Longstaff membuat penampilan sulung dan menjaringkan gol kemenangan sekaligus menewaskan Manchester United di Liga Perdana.

Kekalahan itu bermakna Machester United kini dibezakan hanya dua mata daripada zon penyingkiran dan menduduki tangga ke-12 dalam Liga Perdana. Ia juga perlawanan ketiga tanpa kemenangan berturut-turut bagi pasukan itu.

“Kami kecewa. Kami kehilangan beberapa pemain utama tetapi ia bukan alasan. Segelintir pemain tiada keazaman dan kami tidak mencipta peluang yang cukup untuk memenangi perlawanan,"

“Persembahan pada babak pertama adalah yang terburuk. Pada babak kedua, kami mendominasi tetapi tidak mencipta peluang," kata Solskjaer.

Lebih membimbangkan, satu-satunya kemenangan pasukan itu dalam lima kejohanan terakhir adalah menerusi tendang penalti menentang kelab Rochdale dalam Piala Liga.

Sekiranya ada yang menganggap ia terlalu awal untuk menyingkirkan Solskjaer, pengurus Manchester United itu sedar beliau memperbaiki keputusan pasukan itu secepat mungkin.

“Ia tanggungjawab saya. Saya perlu menyelesaikannya. Pemain-pemain muda kurang keyakinan, mereka memerlukan bantuan daripada pemain dan staf yang berpengalaman.

“Mereka adalah manusia biasa dan mahu melakukan yang terbaik. Mereka perlu melihat hasil daripada kerja keras dan kami tidak memperoleh keputusan itu jadi ia akan mengganggu mereka,” kata Solskjaer. 

Sumber : AFP/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan