Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Man United kecundang lagi, kalah kepada City 0-2 di Old Trafford

Manchester United mengalami satu lagi kekalahan keempat dalam Liga Perdana England (EPL) musim ini selepas tunduk 0-2 di tangan Manchester City di Old Trafford pada Sabtu (6 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Man United kecundang lagi, kalah kepada City 0-2 di Old Trafford

(Gambar: Oli SCARFF/AFP)

Diterbitkan : 06 Nov 2021 11:47PM Dikemas Kini : 06 Nov 2021 11:53PM

MANCHESTER: Manchester United mengalami satu lagi kekalahan keempat dalam Liga Perdana England (EPL) musim ini selepas tunduk 0-2 di tangan Manchester City di Old Trafford pada Sabtu (6 Nov).

City berada di depan seawal minit ketujuh hasil jaringan sendiri pertahanan United, Eric Bailly sebelum Bernardo Silva menambah gol kedua pelawat pada minit ke-45 babak pertama.

Kekalahan di gelanggang sendiri pada aksi 'derby' itu turut kembali meletakkan masa depan pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer bersama Red Devils dalam situasi bahaya selepas dibelasah Liverpool 0-5, dua minggu lalu.

Kemenangan 3-0 ke atas Tottenham hujung minggu lalu hanya menunda keputusan berhubung nasibnya dengan United.
Bagi skuad Pep Guardiola pula, kemenangan itu membolehkan mereka bangkit daripada kekalahan mengejut kepada Crystal Palace 0-2 di Etihad, 30 Oktober lalu.

Malah, ia membolehkan The Citizens merampas tangga kedua Liga daripada Liverpool dengan mengumpul 23 mata.

United kekal dengan 17 mata hasil daripada lima kemenangan, dua seri dan empat kekalahan dalam 11 perlawanan Liga untuk berada di kedudukan kelima. 

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan