Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Man United hulurkan sokongan selepas penyokong ditikam di Paris

Manchester United melahirkan rasa simpati dan sokongan kepada salah seorang penyokongnya, yang ditikam oleh seorang pemandu teksi selepas perlawanan antara kelab bola sepak itu dengan Paris Saint Germain dalam Liga Juara-Juara pada Rabu (6 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Man United hulurkan sokongan selepas penyokong ditikam di Paris

Stadium Parc des Princes, kelab PSG. (Gambar: Google maps)

Diterbitkan : 08 Mar 2019 08:32PM Dikemas Kini : 08 Mar 2019 08:37PM

LONDON: Manchester United melahirkan rasa simpati dan sokongan kepada salah seorang penyokongnya, yang ditikam oleh seorang pemandu teksi selepas perlawanan antara kelab bola sepak itu dengan Paris Saint Germain dalam Liga Juara-Juara pada Rabu (6 Mac).

"Kami amat terkejut dengan berita mengenai insiden yang melibatkan salah seorang penyokong kami, yang ditikam ketika di Paris bagi menyaksikan perlawanan Liga Juara-Juara," menurut United dalam satu kenyataan.

"Semua orang di kelab ini berharap beliau cepat pulih."

Seorang sumber polis Perancis mengesahkan kepada agensi berita AFP bahawa seorang lelaki cedera setelah bertengkar dengan seorang pemandu teksi pada Rabu (6 Mac).

Bagaimanapun, kecederaan yang dialami mangsa dipercayai tidak mengancam nyawa.

Jurucakap Kementerian Luar Britain berkata: "Kami sedang berhubungan dengan pihak berkuasa Perancis menyusuli insiden yang melibatkan seorang lelaki rakyat Britain di Paris pada 6 Mac. Kami bersedia untuk menghulurkan bantuan jika perlu." 

Sumber : AFP/AI/il
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan