Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Man U tolak tawaran Barcelona untuk dapatkan Pogba

Kelab Manchester United menolak tawaran £45 juta (S$79.6 juta) daripada pasukan Barcelona untuk mendapatkan Paul Pogba.

Anggaran Waktu Membaca:
Man U tolak tawaran Barcelona untuk dapatkan Pogba

Paul Pogba. (Gambar: AFP/Valery Hache)

Diterbitkan : 07 Aug 2018 01:02PM Dikemas Kini : 07 Aug 2018 01:04PM

MANCHESTER: Kelab Manchester United menolak tawaran £45 juta (S$79.6 juta) daripada pasukan Barcelona untuk mendapatkan Paul Pogba.

Astro Awani menukil portal Sky Sport Itali yang melaporkan berita tersebut.

Bagaimanapun, tiada butiran lanjut didedahkan.

Pogba sebelum ini dilaporkan kembali ke pusat latihan Man U selepas selesai kempen Piala Dunia bersama pasukan kebangsaannya Perancis, menurut Astro Awani lagi.

Agen Pogba sebelum ini dilaporkan memujuk Man U melepaskan pemain itu untuk menyertai Barcelona, sebelum jendela pemindahan ditutup.

Astro Awani turut menambah, pasukan Juventus juga dilaporkan berminat mendapatkan semula khidmat Pogba.

Hasrat perpindahan Pogba ke kelab lain dikaitkan dengan perselisihan faham antaranya dengan pengurus Jose Mourinho musim lalu.

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan