Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Man U tersingkir dari Piala Liga England

Derby County, memberi kejutan kepada Jose Mourinho, dengan menewaskan Manchester United 8-7 menerusi tendangan penalti.

Anggaran Waktu Membaca:
Man U tersingkir dari Piala Liga England

Jack Marriott (tengah) raikan gol pasukan Derby County menentang Man U (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 26 Sep 2018 11:46AM Dikemas Kini : 26 Sep 2018 11:54AM

LONDON: Pengurus Derby County, Frank Lampard memberi kejutan kepada bekas pengurusnya di Chelsea, Jose Mourinho, apabila pasukan Rams menewaskan Manchester United 8-7 menerusi tendangan penalti. Sementara itu, Manchester City mara ke 16 pasukan terakhir Piala Liga pada Selasa (25 Sep).

Mourinho menanggung akibat daripada sembilan pertukaran dalam perlawanan mendebarkan yang berakhir seri 2-2 di Old Trafford sebelum dilanjutkan ke tendangan penalti.

Paul Pogba pula direhatkan lagi sedang hubungan pemain asal Perancis itu dengan pengurus pasukannya tegang.

Akhirnya, Phil Jones gagal memanfaatkan peluang selepas 15 gol berjaya dihasilkan menerusi tendangan penalti.

"Penentuan penalti tiba, pasti ada yang akan tersasar. Saya tahu kami akan ada masalah dengan Jones," kata Mourinho tentang pemainnya.

Mourinho juga mengesahkan Pogba sudah dilucutkan sebagai naib kapten United selepas mengkritik taktik beliau dalam perlawanan menentang Wolves pada Sabtu yang berakhir dengan seri 1-1.

Awalnya peluang Manchester United nampak lebih cerah selepas seri 1-1 dengan Wolves, apabila pemain Juan Mata menjaringkan gol pembukaan hanya tiga minit selepas perlawanan bermula.

Bagaimanapun, pasukan Derby bangkit semula selepas waktu rehat dan menyamakan kedudukan setelah diumpan dengan sepakan percuma pemain pinjaman Liverpool, Harry Wilson.

Tidak lama kemudian, penjaga gol United, Sergio Romero dilayangkan kad merah kerana tangannya menyentuh bola dari Wilson di luar petak penalti.

Pasukan pelawat itu memanfaatkan kelebihan jumlah pemain apabila Jack Mariott menanduk gol lima minit sebelum masa tamat. Marouane Fellaini menyelamatkan pasukan Mourinho dengan menandukkan gol dalam masa tambahan untuk menyamakan kedudukan.

Bagaimanapun, pengganti penjaga gawang United, Lee Grant gagal menyelamatkan sebarang tendangan penalti pasukan Derby dan akhirnya Jones gagal memanfaatkan peluang - satu lagi tamparan buat pasukan Maurinho yang sudah pun ketinggalan lapan mata di belakang Liverpool. 

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan