Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Man U kalahkan Newcastle 3-2

Manchester United diberi kejutan hebat semasa bertarung dengan Newcastle United di Old Trafford.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 07 Oct 2018 07:32PM Dikemas Kini : 07 Oct 2018 10:38PM

LONDON: Manchester United diberi kejutan hebat semasa bertarung dengan Newcastle United di Old Trafford.

Manakan tidak, dalam 10 minit pertama sahaja, ia ketinggalan 0-2 dalam pertarungan babak pertama.

Bagaimanapun United mampu bangkit dari ketinggalan dan nasib mula menyebelahinya hanya 20 minit sebelum wisel penamat.

Juan Mata menjaringkan gol pertama United menerusi satu tendangan percuma. Enam minit kemudian, Anthony Martial pula berjaya menyamakan kedudukan kepada 2-2.

Alexis Sanchez pula memastikan United meraih tiga mata penuh pada minit terakhir perlawanan dengan gol kemenangan 3-2.

United kini menduduki tangga kelapan, enam mata di belakang pendahulu liga Manchester City, yang akan berdepan dengan Liverpool, malam ini (7 Okt).

Sebelum ini, akhbar Daily Mirror melaporkan pengurus United, Mourinho akan dipecat, tidak kira keputusan perlawanan United melawan Newcastle dalam Liga Perdana.

Mourinho bagaimanapun tidak mengulas tentang khabar tersebut dan mengatakan bahawa beliau yakin pasukannya akan melakukan dengan lebih baik lagi.  

Sumber : AFP/AA/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan