Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Man U haramkan 6 peminat yang dituduh dera Son Heung-min di media sosial

Manchester United mengharamkan enam individu atas tuduhan mendera Son Heung-min dari Tottenham Hotspur di media sosial bulan ini, umum kelab Liga Perdana England itu pada Jumaat (30 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Man U haramkan 6 peminat yang dituduh dera Son Heung-min di media sosial

Pemain Spurs Son Heung-Min dicabar Marcus Rashford dari United semasa perlawanan 11 Apr 2021 (Gambar: AP/Matthew Childs)

Diterbitkan : 30 Apr 2021 10:35PM Dikemas Kini : 30 Apr 2021 10:39PM

REUTERS: Manchester United mengharamkan enam individu atas tuduhan mendera Son Heung-min dari Tottenham Hotspur di media sosial bulan ini, umum kelab Liga Perdana England itu pada Jumaat (30 Apr).

Pemain penyerang Korea Selatan itu menjadi sasaran berikutan kekalahan 1-3 pasukan Spurs di tangan United semasa perlawanan Liga Perdana England pada 11 April.

"Malangnya, penggantungan sudah dikeluarkan, tertakluk kepada rayuan, kepada tiga pemegang tiket musiman, dua anggota rasmi dan seorang individu dalam senarai menunggu tiket musiman," umum United dalam satu kenyataan.

"Tindakan disiplin ini menunjukkan komitmen kelab untuk memerangi diskriminasi di banyak lapangan."

United akan menyertai komuniti bola sepak England yang lain dan sukan-sukan lain dalam memulaukan media sosial dari 3.00 petang pada Jumaat hingga 11.59 malam pada Isnin, 3 Mei sebagai tindak balas terhadap penderaan perkauman ke atas pemain secara online.

Kelab itu menyatakan bahawa pihaknya sudah melakukan semakannya sendiri untuk menganalisis tahap penderaan pemain di Twitter, Instagram dan Facebook dan mendapati bahawa sejak September 2019, terdapat peningkatan penderaan sebanyak 350 peratus yang ditujukan kepada pemain mereka.


Sebanyak 86 peratus catatan berbaur perkauman, sementara 8 peratus adalah homofobik atau transphobik.

"Kami secara aktif berkempen menentang diskriminasi untuk beberapa waktu," kata Richard Arnold, Pengarah Urusan Kumpulan. "Tahap sokongan yang kami terima untuk usaha ini dari para peminat kami sangat menggalakkan namun perangkaan ini menunjukkan bahawa meskipun begitu, tahap penderaan yang dialami oleh pemain dan peminat kami semakin meningkat.

"Dengan mengambil bahagian dalam pemulauan itu pada hujung minggu ini, kami, bersama bola sepak England yang lain, ingin menarik perhatian terhadap masalah ini."

Chelsea pada Jumaat mengeluarkan larangan 10 tahun terhadap seorang individu kerana menyiarkan mesej anti-Yahudi secara online.

"Pemain, kakitangan, peminat dan pengunjung kelab kami berasal dari pelbagai latar belakang, termasuk komuniti Yahudi, dan kami ingin memastikan semua orang merasa selamat, dihargai dan diterima," menurut kelab London itu.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan