Images
  • Kyle Walker
    Pemain Manchester City Kyle Walker jaringkan gol pertama. (Gambar: Pool via REUTERS/Rebecca Naden)

Man City tumpaskan Swansea; cipta rekod baru menang 15 perlawanan berturut-turut

SWANSEA, Wales: Manchester City mencipta rekod baru setelah mencatatkan 15 kemenangan berturut-turut dalam semua pertandingan selepas menewaskan Swansea City 3-1 pada Rabu (10 Feb) untuk mara ke peringkat suku akhir Piala FA England.

Rekod tanpa kalah itu adalah satu pencapaian baru bagi sebuah pasukan dalam liga pertama England, mengatasi rekod 14 kemenangan yang dicatatkan oleh Preston pada 1892 dan kemudian Arsenal pada 1987.

Manchester City, yang membuat tujuh perubahan daripada pasukan yang menewaskan Liverpool 4-1 pada Ahad (7 Feb), mendahului permainan pada minit ke-30 melalui jaringan Kyle Walker.

Pasukan pimpinan Pep Guardiola itu kemudian mengukuhkan kedudukannya dengan menjaringkan satu lagi gol dua minit selepas separuh masa kedua dimulakan dengan Raheem Sterling menjaringkan gol tersebut.

Gabriel Jesus menjaringkan gol ketiga City pada minit ke-50.

Morgan Whittaker daripada Swansea City pula menjaringkan gol sagu hati pasukan itu pada minit ke-77.

Satu-satunya kegenjotan dalam kemenangan Manchester City itu adalah kecederaan yang dialami oleh pemain midfieldnya, Rodri.

Perlawanan terakhir di mana Manchester City tewas adalah semasa ia menentang West Bromwich Albion di Stadium Etihad pada 15 Disember dan kemenangan semalam adalah yang ke-200 daripada 268 perlawanan yang dikendalikan oleh Guardiola bagi Manchester City.

- Reuters/NK/nk

Top