Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Man City tumpaskan juara Liga Perdana Liverpool 4-0

Manchester City membalas dendam setelah Liverpool menyandang gelaran juara Liga Perdana England dengan mengalahkan pasukan Reds itu 4-0 pada Khamis (2 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Man City tumpaskan juara Liga Perdana Liverpool 4-0

Pemain Man City Raheem Stirling raikan gol ke atas Liverpool pada 2 Jul 2020 (Gambar: AFP/Dave Thompson)

Diterbitkan : 03 Jul 2020 09:09AM Dikemas Kini : 03 Jul 2020 09:16AM

MANCHESTER: Manchester City membalas dendam setelah Liverpool menyandang gelaran juara Liga Perdana England dengan mengalahkan pasukan Reds itu 4-0 pada Khamis (2 Jul).

City memberi isyarat mereka bertekad untuk merebut kembali gelaran itu pada musim seterusnya dengan Kevin De Bruyne, Raheem Sterling dan Phil Foden semuanya berjaya menjaringkan gol sebelum tamat separuh masa pertama sekaligus menyebabkan kekalahan liga ketiga Liverpool dalam 71 perlawanan.

Gol sendiri oleh Alex Oxlade-Chamberlain mengakhiri malam yang mengecewakan bagi anak didik Jurgen Klopp, yang hampir dibolosi beberapa kali lagi dalam separuh kedua perlawanan.

Jurang kedudukan teratas antara kedua-duanya kekal 20 mata, namun usaha Liverpool untuk mengatasi siri rekod yang dicatat City dua musim lalu terhambat pada malam yang mencabar bagi juara liga itu.

Tanda-tanda awal menunjukkan Liverpool akan dapat memanfaatkan benteng pertahanan City yang goyah menyebabkan mereka gagal menjulang kejuaraan.

Tendangan Mohamed Salah terkena tiang gawang manakala tandukan Sadio Mane tersasar jauh dengan pasukan pelawat itu terlepas beberapa peluang.

City sebaliknya berjaya menjaringkan tiga gol dalam masa 20 minit.

Tuah berpihak kepada pasukan tuan rumah apabila City menjaringkan gol keempat dengan penyerang De Bruyne membolosi pertahanan Liverpool.

Sterling menyerang namun tendangannya kelihatan tersasar sebelum Oxlade-Chamberlain secara tidak sengaja menjaringkan gol ke dalam gawang sendiri.

Mahrez menyumbatkan gol kelima pada waktu tambahan namun dibatalkan menerusi VAR kerana bola terkena tangan, mematahkan percubaan City untuk menyamai kemenangan 5-0 yang dicatatnya ke atas Liverpool di Etihad pada 2017.

Sungguhpun begitu, City bukan sahaja memenangi perlawanan itu, malah menunjukkan mengapa mereka antara pasukan pilihan untuk memenangi Liga Juara-Juara buat pertama kalinya apabila musim bola sepak Eropah kembali pada Ogos.

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan