Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Man City tewaskan Schalke 7-0 untuk layak suku akhir Liga Juara-Juara

Selepas pasukannya mengalahkan Schalke 7-0 di Stadium Etihad semalam, pengurus Man City Pep Guardiola mengatakan bahawa mereka tidak takut untuk berhadapan dengan mana-mana pasukan di Liga Juara-Juara. 

Anggaran Waktu Membaca:
Man City tewaskan Schalke 7-0 untuk layak suku akhir Liga Juara-Juara

Pep Guardiola. (Gambar: Reuters/Carl Recine)

Diterbitkan : 13 Mar 2019 09:28PM Dikemas Kini : 13 Mar 2019 09:31PM

MANCHESTER: Selepas pasukannya mengalahkan Schalke 7-0 di Stadium Etihad semalam, pengurus Man City Pep Guardiola mengatakan bahawa mereka tidak takut untuk berhadapan dengan mana-mana pasukan di Liga Juara-Juara.

Man City melayakkan diri ke peringkat suku akhir pertandingan dengan agregat 10-2 selepas memenangi perlawanan pertama 3-2.

Tendangan penalti Sergio Aguero membuka jaringan pada minit ke 35 dan penyerang warga Argentina itu menambahkan lagi jaringan beberapa minit kemudian. Leroy Sane juga berjaya menyumbatkan satu lagi gol sebelum akhir separuh masa pertama.

Pemain-pemain Man City Raheem Sterling, Bernardo Silva, Phil Foden dan Gabriel Jesus menyumbatkan jaringan pada separuh masa kedua untuk memastikan kemenangan besar bagi pasukan itu.

Guardiola berkata: "Selepas jaringan pertama, kami bermain pada tahap yang baik. Kami serius dan kami sempurnakan tugas itu.

Pada 15 minit terakhir separuh masa pertama dan pada separuh masa kedua kami sangat hebat. Kami bermain dengan pantas, dinamik dalam pertukaran dan melakukan beberapa jaringan."

Man City belum pernah memenangi pertandingan Liga Juara-Juara dan prestasi terbaik pasukan itu adalah pada tahun 2016 apabila mereka berjaya melayakkan diri sehingga peringkat separuh akhir di bawah naungan pengurus Manuel Pellegrini.

Menurut pengurus Schalke, Domenico Tedesco, keputusan perlawanan itu adalah kekalahan paling teruk yang beliau pernah alami selama menguruskan pasukan itu.

"Tentu sekali ia menyakitkan. Amat sukar untuk berdiri di sini dengan kekalahan 7-0. Dua minggu yang mendatang akan mencabar," kata Tedesco. 

Sumber : CNA/IL/il
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan