Images
  • man city
    Gabriel Jesus menjaringkan gol pertama bagi Manchester City dalam perlawanan menentang Wolverhampton Wanderers. (Gambar: Carl Recine/Reuters)

Man City menang 3-0 menentang Wolves; rapatkan jurang dengan Liverpool

MANCHESTER: Gabriel Jesus sudah menjaringkan tujuh gol dalam tiga perlawanan dan dalam perlawanan menentang Wolverhampton Wanderers pada Isnin (14 Jan), penyerang Brazil itu menjaringkan dua gol untuk memberikan Manchester City kemenangan 3-0.

Dengan kemenangan itu, Manchester City kini berada di tangga kedua dalam Liga Perdana England (EPL), hanya emat mata di belakang Liverpool.

Manchester City sudah memenangi lima perlawanan berturut-turut sambil menjaringkan 24 gol dan juara bertahan EPL itu kelihatan bersedia untuk bersaing dengan Liverpool.

Selepas kekalahan Tottenham Hotspur pada Ahad (13 Jan), Liverpool dan City kelihatan antara kelab bola sepak yang bakal menjuarai Liga Perdana England.

Liverpool kini meraih 57 mata manakala City pula dengan 53 mata selepas 22 perlawanan yang berlangsung sejauh ini. Tottenham pula berada di tangga ketiga dengan 48 mata.

City yang sudah menjaringkan 99 gol dalam semua perlawanan sepanjang musim ini sedar bahawa ia harus memenangi perlawanan terbaru ini, selepas Liverpool meraih kemenangan dalam perlawanan menentang Brighton & Hove Albion.

Dalam perlawanan menentang City, Wolves cuba menyekat peluang City tetapi gagal apabila hantaran silang pemain gantian Kevin de Bruyne terkena pemain Wolves, Conor Coady, sekaligus menjaringkan gol ketiga City. 

- Reuters/AI/ai

Top