Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Man City, Man Utd mara ke suku akhir Piala Liga

Pep Guardiola mengakui adalah penting untuk mencipta kemenangan bersih ketika juara bertahan Piala Liga, Manchester City mencipta kemenangan 3-0 mengatasi Burnley manakala Manchester United menyertai mereka di suku akhir selepas menewaskan Brighton 3-0 pada Rabu.

Anggaran Waktu Membaca:
Man City, Man Utd mara ke suku akhir Piala Liga

Scott McTominay raikan gol pertama Man Utd pada 30 Sep 2020 ke atas Brighton (Gambar: REUTERS/Matt Dunham)

Diterbitkan : 01 Oct 2020 08:00AM Dikemas Kini : 01 Oct 2020 08:14AM

LONDON: Pep Guardiola mengakui adalah penting untuk mencipta kemenangan bersih ketika juara bertahan Piala Liga, Manchester City mencipta kemenangan 3-0 mengatasi Burnley manakala Manchester United menyertai mereka di suku akhir selepas menewaskan Brighton 3-0 pada Rabu (30 Sep).

Pasukan kendalian Guardiola berdepan kekalahan paling besar dalam Liga Perdana di padang sendiri di bawah kendalian pengurus warga Sepanyol itu Ahad lalu apabila menerima kekalahan memalukan 5-2 di tangan Leicester.

Dua gol dari Raheem Sterling di Turf Moor memastikan mereka melupakan sedikit kekalahan itu dan penyerang Sepanyol, Ferran Torres yang dibeli dari Valencia menambah gol ketiga City yang juga jaringan pertamanya buat kelab itu.

"Adalah penting kami tidak melepaskan gol dan pasukan ini bagus secara keseluruhan," kata Guardiola.

"Apabila anda tewas, perkara paling penting ialah perlawanan seterusnya. Pertama kerana jika anda tewas kejohanan ini, anda terkeluar."

Di Stadium Amex, Manchester United menimbulkan lebih banyak kesukaran buat Brighton empat hari selepas menewaskan mereka 3-2 dalam saingan Liga Perdana.

United, yang kali terakhir menang Piala Liga pada 2017, mendahului pada minit ke-44 menerusi tandukan Scott McTominay hasil sepakan percuma Juan Mata.

United menggandakan kelebihan pada minit ke-73 menerusi Mata dan Paul Pogba masuk dari bangku simpanan untuk menjaringkan gol tujuh minit kemudian menerusi sepakan percuma mengatasi penjaga gol Brighton, Joel Veltman. 

Sumber : AFP/EM/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan