Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Man City mampu beli Messi jika peluang timbul, kata COO Berrada

Manchester City mampu mendapatkan khidmat Lionel Messi jika peluang itu muncul pada musim depan, kata ketua pegawai operasi kelab Liga Perdana itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Man City mampu beli Messi jika peluang timbul, kata COO Berrada

Penyerang Argentina dan Barcelona Lionel Messi (kiri) menerima Anugerah Pemain Terbaik FIFA 2019 pada 23 Sep (Gambar: AFP/Marco Bertorello)

Diterbitkan : 10 Oct 2020 08:10PM Dikemas Kini : 10 Oct 2020 08:12PM

REUTERS: Manchester City mampu mendapatkan khidmat Lionel Messi jika peluang itu muncul pada musim depan, kata ketua pegawai operasi kelab Liga Perdana itu.

City antara yang terdahulu untuk cuba menandatangani Messi setelah pemain Argentina 33 tahun itu memberi Barcelona notis rasmi pada Ogos mengenai keinginannya untuk menamatkan kontraknya.

Namun, pemain terbaik dunia selama enam tahun itu akhirnya memutuskan untuk kekal di Sepanyol untuk musim yang akan datang, iaitu musim terakhirnya dalam kontrak sedia ada, kerana tidak mahu berdepan masalah undang-undang dengan kelab yang disertainya sejak remaja dan di mana beliau telah mengumpulkan lebih 30 piala utama.

"Beliau pemain terbaik di dunia, beliau pemain terbaik generasinya. Saya fikir mana-mana kelab di dunia ingin meneroka kemungkinan mengambilnya menyertai pasukan mereka," kata Omar Berrada kepada Manchester Evening News.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan