Man City kalah mengejut 3-2 di tangan Norwich City
Manchester City mengalami kekalahan pertama Liga Perdana England (EPL) sejak Januari tahun ini apabila ia kecundang secara mengejut 2-3 di tangan kelab yang baru dinaikkan ke EPL Norwich City pada Sabtu (14 Sep).
LONDON: Manchester City mengalami kekalahan pertama Liga Perdana England (EPL) sejak Januari tahun ini apabila ia kecundang secara mengejut 2-3 di tangan kelab yang baru dinaikkan ke EPL Norwich City pada Sabtu (14 Sep), sedang Liverpool melebarkan jurang lima mata di puncak liga dengan kemenangan 3-1 mengatasi Newcastle United.
Tottenham Hotspur dan Chelsea memulihkan prestasi mereka setelah masing-masing mengalahkan Crystal Palace dan Wolverhampton Wanderers sementara Manchester United meraih tiga mata dengan kemenangan 1-0 ke atas Leicester City.
Namun, Liverpool merupakan pemenang terbesar dengan mengambil kesempatan daripada kelemahan benteng pertahanan City yang terdedah di Carrow Road menyusuli kecederaan Aymeric Laporte.
"Sudah tentu ia hari istimewa bagi kami dan kelab," kata jurulatih Norwich Daniel Farke.
"Kami mengatur rancangan istimewa bagi City kerana mereka adalah pasukan terbaik di dunia dan kami juga berdepan dengan masalah kecederaan, tetapi kami memang wajar menang hari ini. Prestasi kami menakjubkan."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.