Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Man City jadi juara Liga Perdana England selepas belasah Brighton 4-1

Manchester City pertahankan gelaran juara Liga Perdana England pada Ahad (12 Mei) selepas berjaya mengalahkan Brighton dalam perlawanan, sekaligus mengatasi Liverpool dalam carta liga.

Anggaran Waktu Membaca:
Man City jadi juara Liga Perdana England selepas belasah Brighton 4-1

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 13 May 2019 12:43AM Dikemas Kini : 13 May 2019 12:51AM

BRIGHTON: Manchester City pertahankan gelaran juara Liga Perdana England pada Ahad (12 Mei) selepas berjaya mengalahkan Brighton dalam perlawanan, sekaligus mengatasi Liverpool dalam carta liga.

Anak didik Pep Guardiola menumpaskan Brighton 4-1 dan mengakhir musim dengan 98 mata, rekod kedua tertinggi dalam sejarah Liga Perdana. Liverpool meskipun mengalahkan Wolves 2-0 pada hari sama di Anfield, malangnya menamatkan musim dengan satu mata di belakang Man City.

City, yang mencatat 14 kemenangan perlawanan liga pada hujung musim, adalah pasukan pertama yang berjaya pertahankan kejuaraan sejak musuh ketat Manchester United kali terakhir melakukan yang serupa pada 2009.

Liverpool menjaringkan gol pertama pada Ahad hasil tendangan Sadio Mane pada minit ke-17. Gol ini, secara matematik, menempatkan mereka di kedudukan tertinggi carta buat sementara waktu.

Kebimbangan peminat City semakin memuncak apabila Glenn Murray jaringkan gol bagi Brighton pada minit ke-27, yang menyebabkan penyokong Reds di Anfield bersorak kegembiraan.

Namun hanya 83 saat kemudian, pasukan pimpinan Guardiola mula merubah keadaan dengan Aguero menjaringkan menyempurnakan hantaran David Silva untuk menjaringkan gol.

Sepuluh minit kemudian, Aymeric Laporte pula menandukkan gol dan menyempurnakan kebangkitan semula bagi City.

Mahrez dan Ilkay Gundogan masing-masing menjaringkan gol ketiga dan keempat buat City, mengesahkan kedudukan mereka sebagai juara musim ini.

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan