Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Man City gigit jari setakat seri dengan West Brom

Perjuangan Manchester City untuk merampas semula mahkota Liga Perdana England (EPL) semakin goyah apabila pasukan tuan rumah itu setakat seri 1-1 dengan pasukan corot West Bromwich Albion di Stadium Etihad.

Anggaran Waktu Membaca:
Man City gigit jari setakat seri dengan West Brom

Pep Guardiola. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 16 Dec 2020 10:49AM Dikemas Kini : 16 Dec 2020 10:51AM

MANCHESTER: Perjuangan Manchester City untuk merampas semula mahkota Liga Perdana England (EPL) semakin goyah apabila pasukan tuan rumah itu setakat seri 1-1 dengan pasukan corot West Bromwich Albion di Stadium Etihad.

City berpeluang untuk merapatkan jurang dengan pendahulu liga, Tottenham Hotspur dan Liverpool yang akan menentang satu sama lain pada Rabu (16 Dis) tetapi mensia-siakan peluang tersebut.

Ilkay Gundogan membuka tirai jaringan bagi pasukan pimpinan Pep Guardiola itu pada minit ke-30 tetapi West Brom berjaya menyamakan kedudukan melalui pemain pertahanan City Ruben Dias yang menjaringkan gol sendiri pada minit ke-43.

Kemarau gol City berlarutan dalam separuh masa kedua meskipun berkali-kali mengasak benteng pertahanan West Brom.

Dengan keputusan seri itu, City terpaksa berpuas hati di tangga kelima liga.

Anak didik Guardiola turut dikritik sebelum ini kerana sekadar seri 0-0 semasa berdepan dengan Manchester United pada Sabtu lalu.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan