Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Man City akan lawan Arsenal hujung minggu ini

Stadium Wembley akan menjadi tuan rumah bagi dua perlawanan separuh akhir Piala FA hujung minggu ini ketika juara bertahan, Manchester City berdepan Arsenal manakala Chelsea dan Manchester United beralih tumpuan dari pertarungan mereka untuk merebut tempat di Liga Juara-Juara musim depan.

Anggaran Waktu Membaca:
Man City akan lawan Arsenal hujung minggu ini

Pengendali Arsenal, Mikel Arteta. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 17 Jul 2020 08:50PM Dikemas Kini : 17 Jul 2020 08:54PM

LONDON: Stadium Wembley akan menjadi tuan rumah bagi dua perlawanan separuh akhir Piala FA hujung minggu ini ketika juara bertahan, Manchester City berdepan Arsenal manakala Chelsea dan Manchester United beralih tumpuan dari pertarungan mereka untuk merebut tempat di Liga Juara-Juara musim depan.

City dan Arsenal akan terlebih dahulu bersaing pada Sabtu (1845 GMT) ketika the Gunners cuba membuat kejutan buat kali kedua selepas membenam juara England, Liverpool 2-1 pada Rabu.

Hanya sekali sejak 10 tahun lalu Arsenal menamatkan perlawanan dengan mendahului City dan skuad kendalian Pep Guardiola menang tujuh perlawanan sebelum ini dengan kombinasi jaringan 20-2.

Arsenal tidak mampu menyaingi kelab disokong sumber daripada Abu Dhabi itu ketika mereka berdepan kemungkinan empat musim tanpa Liga Juara-Juara selepas 19 tahun berturut-turut beraksi dalam kejohanan elit Eropah itu bersama Arsene Wenger.

"Saya tahu bagi kelab elit, kelab yang dihormati seperti Liverpool, Man United, terutama Arsenal, ia tidak selesa kami berada di sini," kata Guardiola. "Tetapi mereka perlu faham kami berhak berada di sini."

Mikel Arteta memainkan peranan penting meraih gelaran liga berturut-turut bersama City sejak dua musim lalu sebagai pembantu Guardiola, tetapi kini berdepan tugas sukar menewaskan bekas ketuanya.

Kemenangan ke atas Liverpool memberikan motivasi buat Arsenal sebelum aksi separuh akhir Piala FA berdepan Manchester City pada Ahad.

Namun, kejayaan itu diraih akibat kesilapan Virgil van Dijk dan Alisson Becker ketika skuad kendalian Jurgen Klopp itu berkumpul di kawasan sendiri sebahagian besar masa permainan meski hampir 70 peratus menyaksikan penguasaan bola memihak Liverpool. 

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan