Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Malu Argentina kalah, penyokong tegar 30 tahun dipercayai bunuh diri

Gara-gara kecewa dengan persembahan pasukan kegemarannya dalam Piala Dunia FIFA Rusia 2018, seorang penyokong tegar menghilangkan diri dan dipercayai bunuh diri.

Anggaran Waktu Membaca:
Malu Argentina kalah, penyokong tegar 30 tahun dipercayai bunuh diri

Anggota pasukan Argentina, Messi. (Gambar: Johannes Eisele/ AFP)

Diterbitkan : 23 Jun 2018 11:08AM Dikemas Kini : 23 Jun 2018 11:11AM

KERALA: Gara-gara kecewa dengan persembahan pasukan kegemarannya dalam Piala Dunia FIFA Rusia 2018, seorang penyokong tegar menghilangkan diri dan dipercayai bunuh diri.

Lelaki berusia 30 tahun itu meninggalkan sekeping nota dengan ayat yang memberi bayangan seolah-olah ingin membunuh diri selepas menonton perlawanan melibatkan pasukan Argentina yang tumpas 0-3 kepada Croatia pagi semalam (22 Jun).

Menurut anggota keluarganya, Dinu Alex yang berasal dari daerah Kottayam, India, pernah meluahkan rasa bimbang apabila rakan-rakannya mempersendakan pasukan kegemarannya itu, lapor International Business Times (IBT).

Siasatan polis mendapati terdapat beberapa gambar kebanggaan pasukan Argentina, Lionel Messi, dalam telefon bimbit Dinu.

Menurut IBT, Dinu menulis tentang kekecewaannya terhadap persembahan pasukannya itu dalam nota yang ditinggalkan.

“Saya sudah menonton semuanya apa yang saya perlu tonton. Apa yang tinggal untuk saya tonton sekarang?

"Saya mahu menyelam sedalam-dalamnya,” tulisnya dalam nota tersebut.

Berdasarkan nota itu, polis menjalankan operasi mencari di sungai Meenachil berhampiran rumahnya.

Siasatan polis tidak menolak kemungkinan Dinu melarikan diri bagi mengelak dipersendakan rakan-rakannya, lapor media tempatan.

Dinu masih belum ditemui dan polis masih menjalankan siasatan.

Ramai penduduk di Kottayam, Kerala, meminati pasukan Argentina dan Brazil. Setiap kali perlawanan Piala Dunia berlangsung, persaingan antara peminat kedua-dua pasukan menjadi satu kebiasaan di daerah tersebut.  

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan