Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Mahkamah Paraguay bebaskan Ronaldinho dan abangnya tetapi dengan syarat...

Hakim Gustavo Amarilla memerintahkan legenda bola sepak Brazil, Ronaldinho serta abangnya dibebaskan dan diletakkan di bawah tahanan di sebuah hotel di pusat bandar Asuncion pada awal pagi tadi (8 Apr). 

Anggaran Waktu Membaca:
Mahkamah Paraguay bebaskan Ronaldinho dan abangnya tetapi dengan syarat...

Ronaldinho meninggalkan Kementerian Awam Paraguay di mana dia memberikan keterangan bersama dengan abangnya, Roberto de Asis. (Gambar: Jorge Adorno/REUTERS)

Diterbitkan : 08 Apr 2020 12:00PM Dikemas Kini : 08 Apr 2020 12:01PM

ASUNCION: Hakim Gustavo Amarilla memerintahkan legenda bola sepak Brazil, Ronaldinho serta abangnya dibebaskan dan diletakkan di bawah tahanan di sebuah hotel di pusat bandar Asuncion pada awal pagi tadi (8 Apr).

Mereka dipenjara sejak sebulan yang lalu bagi menunggu hari perbicaraan selepas didakwa memasuki Paraguay dengan pasport palsu.

Kedua-duanya turut diikat jamin oleh peguam sebanyak AS$1.6 juta (S$2.2 juta).

"Saya mendapat jaminan daripada pengurus hotel yang mereka, dengan perbelanjaan mereka sendiri, mampu untuk mematuhi penahanan di dalam rumah di sana," kata Amarilla kepada wartawan.

Bulan lalu, Mahkamah Rayuan Paraguay menolak permohonan untuk membebaskan Ronaldinho dan abangnya yang dipenjara bersama bekas presiden persekutuan bola sepak Paraguay serta bekas ahli parlimen negara berkenaan.

Pemain terbaik dunia sebanyak dua kali itu dan abangnya, Assis Moreira, pada awalnya tidak berdepan masalah sebaik tiba di Asuncion pada 4 Mac lalu.

Bagaimanapun, beberapa jam selepas itu, kedua-duanya berada dalam tahanan polis selepas hotel mereka diserbu dan mereka didapati memiliki pasport palsu.

Ronaldinho dilabel sebagai salah seorang pemain bola sepak terhebat sepanjang zaman dan membantu Brazil menjulang trofi Piala Dunia pada 2002 selain beraksi bersama beberapa kelab gergasi Eropah seperti Barcelona, Paris Saint-Germain dan AC Milan.  

Sumber : AFP/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan