Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Madrid tewaskan Ajax 2-1 dengan bantuan Asensio, VAR

Real Madrid memerlukan gol lewat dari Marco Asensio dan penggunaan julung kalinya, video bantuan pengadil (VAR) di Liga Juara-Juara untuk mengalahkan Ajax 2-1 pada pusingan pertama 16 pasukan terakhir pada Rabu (13 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Madrid tewaskan Ajax 2-1 dengan bantuan Asensio, VAR

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 14 Feb 2019 09:21AM Dikemas Kini : 14 Feb 2019 09:27AM

AMSTERDAM: Real Madrid memerlukan gol lewat dari Marco Asensio dan penggunaan julung kalinya, video bantuan pengadil (VAR) di Liga Juara-Juara untuk mengalahkan Ajax 2-1 pada pusingan pertama 16 pasukan terakhir pada Rabu (13 Feb).

Ajax hampir-hampir mencatat kemenangan pertama ke atas Madrid dalam tempoh 24 tahun di Arena Johan Cruyff dengan tandukan Nicolas Tagliafico, hasil kesilapan Thibaut Courtois.

Namun pengadil Damir Skomina menilai Dusan Tadic di kedudukan ofsaid apabila disemak semula menerusi VAR, lantas gol yang dijaringkan Tagliafico tidak sah.

Madrid terus mengasak untuk membelasah Ajax pada separuh kedua perlawanan dengan gol-gol dijaringkan Karim Benzema dan Asensio.

Jaringan Hakim Ziyech sekurang-kurangnya memberi Ajax harapan untuk pusingan kedua perlawanan di Santiago Bernabeu nanti.

VAR diperkenalkan di Liga Juara-Juara buat pertama kali semasa pusingan kalah mati tahun ini. Risalah diedarkan kepada pihak media sebelum permainan bermula. Antara lain, ia menerangkan bahawa semakan dibuat hanya untuk "kesilapan jelas dan ketara".

UEFA kemudian menulis di Twitter bahawa gol Ajax "patut dibatalkan akibat ofsaid" tetapi gangguan Tadic terhadap Courtois adalah minimal dan untuk menganggapnya cukup bagi keputusan itu ditarik balik kelihatan murah hati.

"Kami tidak dapat melihat ulang tayang," kata jurulatih Madrid, Santiago Solari. "Kami perlu yakin dengan apa yang dikatakan pengadil."

"Saya melihatnya," kata Erik ten Hag dari Ajax. "Pada pandangan saya, ia bukan ofsaid dan saya tidak melihatnya sebagai satu kesalahan oleh penjaga gawang."

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan