Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

M'sia bida jadi tuan rumah Piala Dunia Mobile Legends 2020

Malaysia tidak menolak kemungkinan akan membida untuk menganjurkan Piala Dunia Mobile Legends, tahun depan.

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia bida jadi tuan rumah Piala Dunia Mobile Legends 2020

(Gambar: Mobile Legends Bang Bang/Facebook)

Diterbitkan : 20 Apr 2019 03:06PM Dikemas Kini : 20 Apr 2019 03:16PM

PETALING JAYA: Malaysia tidak menolak kemungkinan akan membida untuk menganjurkan Piala Dunia Mobile Legends, tahun depan.

Menteri Belia dan Sukan Malaysia Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata jika benar penganjuran Piala Dunia itu akan diadakan pada tahun depan, pihaknya akan cuba sebaik mungkin untuk membawa kejohanan itu ke negara tersebut.

“Kalau boleh kami akan cuba sebaik mungkin. Nanti saya akan semak dengan pasukan Kementerian Belia dan Sukan dan Majlis Sukan Negara, begitu juga persatuan e-sukan kerana mereka pun ada persatuan antarabangsa.

“Kalau boleh memang kita hendak bawa Piala Dunia itu ke Malaysia,” kata Encik Syed Saddiq di satu acara kemasyarakatan hari ini (20 Apr).

Astro Awani sebelum ini melaporkan bahawa pembangun e-sukan mudah alih popular Mobile Legends, Moonton, merancang untuk mengadakan kejohanan peringkat dunia pada tahun depan.

Moonton juga bercadang untuk mengadakan kejohanan di peringkat Asia, Eropah dan Amerika Syarikat berikutan peningkatan jumlah pemain di rantau tersebut.

Mobile Legends merupakan satu permainan video mudah alih online melibatkan pelbagai pemain yang dibangunkan dan diterbitkan oleh Moonton pada 2016.

Bagi setiap satu perlawanan, dua kumpulan akan bertarung untuk 'memusnahkan' pangkalan musuh mereka dan pada masa yang sama mempertahankan pangkalan sendiri melalui beberapa laluan yang disediakan.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan