Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Lumba Formula E: Sam bird catat kemenangan ketiga musim ini

Pelumba Britain Sam Bird memenangi perlumbaan ketiga Formula E 2019 musim ini untuk mendahului para pelumba lain. Pelumba Virgin Racing itu kini meraih 43 mata berbanding 41 mata yang diraih Jerome d'Ambrosio dari Belgium.

Anggaran Waktu Membaca:
Lumba Formula E: Sam bird catat kemenangan ketiga musim ini

Sam Bird memenangi perlumbaan ketiga Formula E 2019 musim ini untuk mendahului para pelumba lain. (Gambar: Rodrigo Garrido/Reuters)

Diterbitkan : 27 Jan 2019 08:28PM Dikemas Kini : 27 Jan 2019 08:31PM

SANTIAGO: Pelumba Britain Sam Bird memenangi perlumbaan ketiga Formula E 2019 musim ini untuk mendahului para pelumba lain. Pelumba Virgin Racing itu kini meraih 43 mata berbanding 41 mata yang diraih Jerome d'Ambrosio dari Belgium.

D'Ambrosio menamatkan perlumbaan di tempat kesembilan tetapi naik ke tangga kelapan selepas Jose-Maria Lopez melakukan kesalahan.

Bird memintas para pelumba lain selepas pesaingnya dari Switzerland, Sebastien Buemi, terpaksa berundur.

Ini merupakan kemenangan kelapan Bird sepanjang kerjayanya dalam Formula E. 

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan