Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Lumba F1: Lewis Hamilton juarai GP Mexico

Lewis Hamilton dari pasukan Mercedes terus menunjukkan kehandalannya dan berjaya menjuarai Grand Prix Mexico pada Ahad (27 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Lumba F1: Lewis Hamilton juarai GP Mexico

Pelumba F1 Mercedes, Lewis Hamilton, beraksi di Grand Prix Mexico yang dimenanginya pada 27 Okt 2019 (Gambar: Reuters/Carlos Jasso)

Diterbitkan : 28 Oct 2019 09:00PM Dikemas Kini : 28 Oct 2019 09:03PM

MEXICO CITY: Lewis Hamilton dari pasukan Mercedes terus menunjukkan kehandalannya dan berjaya menjuarai Grand Prix Mexico pada Ahad (27 Okt).

Ia merupakan kemenangan ke-10 Hamilton musim ini dan yang ke-83 bagi sepanjang kerjayanya setakat ini.

Pelumba Ferrari, Sebastian Vettel menduduki tempat kedua manakala seorang lagi pemandu Mercedes, Valtteri Bottas di tangga ketiga.

Kejayaannya di Grand Prix Mexico hampir memastikan Hamilton akan menjadi juara keseluruhan musim ini pada minggu depan di Texas, Amerika Syarikat.

Hamilton hanya perlu mengumpul empat mata lagi bagi merangkul gelaran juara dunia itu daripada baki tiga perlumbaan musim ini.

Berdasarkan rekod pencapaiannya sebelum ini, peluang Hamilton untuk menang di Texas amat cerah.

Beliau menang lima kali Grand Prix Amerika itu sejak tahun 2012.

Sumber : Reuters/HK/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan